Pages

Thursday, October 13, 2011

Rancang Kewangan Anda

Sekali lagi saya diberikan ruang dan peluang untuk menulis kembali di blog ini=).Topik yang ingin saya coretkan di blog ini ialah mengenai perancangan kewangan.Baru-baru ini saya banyak buat kajian dan mencari bahan bacaan bagaimana merancang kewangan dengan cara terbaik.Ini perkongsian dari blog seorang kawan mengenai artikel dari surat khba mengenai muflis di kalangan golongan muda:

41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.

Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.

Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.

Hmm memang diakui bahawa golongan muda seperti saya ini sangat bermewah-mewahan,Alhamdulillah sejak bekerjaya ini,saya mula menghargai kewangan yang ada,walaupun bekerja di syarikat swasta yang stabil,Maybank,saya harus lebih berhati-hati merancang kewangan.Lagipun Allah murka dengan hambanya yang membazir,daripada membazir,lebih baik duit itu di infaqkan utuk perjuangn Islam,bersedekah dan beri kepada ibu=) Alhamdulillah keberkatan itu ada dan rezeki bertambah2=).Sejak bekerja di Maybank,duit bonus yang diperolehi saya uruskan dengan sebaik mngkn menguruskan online business saya,heh paling saya tak sangka increment gaji shgga mncapai 3k,hee walaupun saya bekerja tak smpi setahun pn dapat,harap2 lepas setahun ada increment lagi=p,Alhamdulillah=)Saya patut bersyukur kerana tatkala rakan-rakan yang lain perlu membayar sewa rumah,saya tidak perlu kerana ibu mempunyai rumah di KL,begitu juga dgn knderaan,huhu ibu juga yang belikan,untuk memudahkan pergerakan ibu dan saya=)Apapun saya perlu lebih berhati menguruskan kewangan untuk masa hadapan,Disini saya ada share menngenai tips bagaimana menguruskannya.



Tip Kewangan Irfan Khairi

5 Tip Kewangan dari Facebook Irfan Khairi

1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang 'kaya' hidup gini

2. Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga

3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga ;)

4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! ;)

5. Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...