Pages

Featured Posts

  • Subhanallah

    Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (Al-Naml 27:61)

  • Subhanallah

    Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (Al-Naml 27:61)

  • Subhanallah

    Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (Al-Naml 27:61)

Thursday, October 13, 2011

Rancang Kewangan Anda

Sekali lagi saya diberikan ruang dan peluang untuk menulis kembali di blog ini=).Topik yang ingin saya coretkan di blog ini ialah mengenai perancangan kewangan.Baru-baru ini saya banyak buat kajian dan mencari bahan bacaan bagaimana merancang kewangan dengan cara terbaik.Ini perkongsian dari blog seorang kawan mengenai artikel dari surat khba mengenai muflis di kalangan golongan muda:

41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.

Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.

Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.

Hmm memang diakui bahawa golongan muda seperti saya ini sangat bermewah-mewahan,Alhamdulillah sejak bekerjaya ini,saya mula menghargai kewangan yang ada,walaupun bekerja di syarikat swasta yang stabil,Maybank,saya harus lebih berhati-hati merancang kewangan.Lagipun Allah murka dengan hambanya yang membazir,daripada membazir,lebih baik duit itu di infaqkan utuk perjuangn Islam,bersedekah dan beri kepada ibu=) Alhamdulillah keberkatan itu ada dan rezeki bertambah2=).Sejak bekerja di Maybank,duit bonus yang diperolehi saya uruskan dengan sebaik mngkn menguruskan online business saya,heh paling saya tak sangka increment gaji shgga mncapai 3k,hee walaupun saya bekerja tak smpi setahun pn dapat,harap2 lepas setahun ada increment lagi=p,Alhamdulillah=)Saya patut bersyukur kerana tatkala rakan-rakan yang lain perlu membayar sewa rumah,saya tidak perlu kerana ibu mempunyai rumah di KL,begitu juga dgn knderaan,huhu ibu juga yang belikan,untuk memudahkan pergerakan ibu dan saya=)Apapun saya perlu lebih berhati menguruskan kewangan untuk masa hadapan,Disini saya ada share menngenai tips bagaimana menguruskannya.



Tip Kewangan Irfan Khairi

5 Tip Kewangan dari Facebook Irfan Khairi

1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang 'kaya' hidup gini

2. Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga

3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga ;)

4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! ;)

5. Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!



Read more...

Saturday, October 8, 2011

Harga Sebuah Kejayaan



Alhamdulillah,hari ini diberikan peluang buat diriku untuk menulis kembali,almaklumla "kebizian" yang telampau,hari ini baru diriku terasa ingin menulis kembali.Tanggal 1 Oktober yang lalu,Allah memberikan ku peluang untuk menerima segulung ijazah=),segala kesyukuran kupanjatkan tehadapNya,setelah 2 tahun setengah menimba ilmu di UMP tercinta,heh walaupun dah bekerja setelah beberapa bulan selepas habis belajar,barulah konvo.Apapun alhamdulillah sekali lagi kupanjatkan kesyukuran kerana memperolehi kerja yang tetap dan sebenarnya tak jangka akan masuk Maybank=) kerana sebelum ini telah menerima beberapa offer dari company di cyberjaya,CIMB,namun kuyakin pilihanku memilih Maybank adalah yang terbaik.Rasa macam sekejap je masa berlalu,meninggalkan alam kampus.....tempoh 5 tahun belajar,menerima segulung Diploma dan Ijazah dlm bidang IT=) namun diri ini tetap bersyukur,kerana pilihan Allah utk memberi hidayah kpdaku,ditarbiyah di dalam persatuan Islam di kedua2 kampus,ditaklifkan sebagai naib pengerusi persatuan Islam ketika di tahun akhir bukanlah mudah,di Politeknik Ungku Omar dan di Universiti Malaysia Pahang=) kadangakala diriku juga tersasar,tidak dapat mengimbangi kedua2nya dgn baek,antara dakwah dan akademik...namun banyak belajar dari segala susah payah tersebut..multitasking,barulah ku tahu hikmah tarbiyah di kampus banyak mengajar ku dalam melalui liku-liku hidupku,sejak di zaman kampus sudah dididik solat berjemaah setiap waktu,alhamdulillah suasana di surau Maybank amat menenangkan hatiku,kerana kuliah zohor setiap hari,solat berjemaah pada setiap kali solat zohor dan asar menenangkan resah hatiku tatkala dibebani kerja...Alhamdulillah Allah menempatkan diriku dsini..suasana kerja juga amat kena dengan minatku dalam bidang IT,walaupun ada banyak banch Maybank diseluruh Malaysia,production problem,development in system,disebabkan minat=) driku gembira walaupun kadangkala stress,heh manusia tkkan lari dri stres.Teringat semasa mula2 memasuki bidang keja ini,rsa mcm blur2 je=p alhamdulilah sedikit demi sedikit belajar dari kesilapan dan pengalaman,tarbiyah di dalam persatuan Islam dalam berdisiplin menyiapkan kerja pada waktunya menyebabkan driku berusaha dan berjaya menyiapkannya=) ada juga task yg delay,namun hari demi hari segera ku perbaiki prestasi tersebut,ngee pujian yang diterimaku,segera ku panjatkan kesyukuran kerana Allah meminjamkan kekuatan dan kebijaksanaaNya kpda hamba yang lemah sepertiku ini.Segera diriku bersyukur kerana banyak sungguh nikmat yang Allah berikan sepanjang pejalanan hidupku,semoga hari demi hari yang kulalui penuh dengan keberkatanNya,takkan ku berhenti untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam,"PAS FOR ALL"=).Kini setelah bekerjaya,ujian buat diriku untuk mengimbangi tugas dakwah dan kerja dengan sebaik mungkin,sebagaimana di alam kampus dapat diharungi,akan ku cuba harungi pula di dunia realiti ini.Tidak dilupakan juga cita2 ku untuk membuka sebuah butik muslimah hasil ciptaanku sendiri serta minatku dalam bidang kraftangan=) semoga misi ini akan terus tercapai insyAllah,semoga cita2 ini tercapai seiring dengan penglibatan diriku dengan gerak kerja dakwah=)


Read more...

Thursday, February 10, 2011

In love with felt-craft and handmade card=)













Menarik kan gambar-gambar di atas,hee baru-baru ni saya melayari internet,saja survey business apa yang boleh di buat lagi sbgai bsness sampingan,alhamdulillah setelah survey,saya paling bermminat untk wat handmade card dan felt-craft,sbb memg saya minat wat bnda2 comel ni,saya prnah trbca psa tips bsness,antranya ialah lakukan bsness yang anda minat,Jadi saya wat kptsan utk proceed dgn bsness ni insyAllah.Doakan saya ya=).

Teringat msa di skolah mnengah wat scrapt book,hee dpt bku scrapt yang terbaek n smpi ckgu hntr ke pergkat daerah,bgtu jga msa saya di poli,mnjd ajk jmptan,hee jd mmg brsgguh2 wat handmade card utk pngrah poli,hee mmg puas hati wat,sbb saya ska bnda yg kreatif,comey2 n cntik.Semoga sgla cita-cita ni akan trcapai,jd tggulah kmcnlan handmade card excluive dari saya serta felt-craft yang comey2.


Read more...

Saturday, February 5, 2011

Please Motivate Ourself



Muslim Quotes: If Misfortune Befalls You

If misfortune befalls you, it is the consequence of your own actions. Yet God forgives much. On this earth you can not escape God; and there is no one apart from God who can protect or help you.

Qur'an, Ash-Shura, Surah 42:30-31

Muslim Quotes: People Who Refused to Believe

Have you not heard of people in the past who refused to believe? They have already suffered through their unbelief; and a terrible punishment awaits them. When their apostles brought them clear arguments, they said: Will mortals be our guides?Õ They denied the truth, and turned their backs. But God has no need of them; he has all he needs, and he alone should be praised.

Qur'an, At-Taghabun, Surah 64:5-6

Muslim Quotes: Your Hearts are Absorbed by Material Gain

Right up until the moment of death your hearts are absorbed by material gain. But you will soon understand; yes, before long you will understand. Indeed, if you knew the truth with certainty, you would perceive the fire of hell; you would see it with your own eyes. On the day of judgment you will be questioned about all your pleasures.

Qur'an, At-Takathur, Surah 102:1-8

Muslim Quotes: Fools Exult in Life

Fools exult in life while the pious prepare for the journey ahead. A major portion of their wealth is spent in God's way, and they themselves suffice with the bare minimum, striving toward the hereafter. They even sacrifice fine victuals confident in the faith that they shall be blessed with better in the hereafter. Even God cherishes them because of their conviction and devotion.

Sheikh Abdul Qadir Jillan




" Instead of saying, 'This is what you said', just say, 'This is what I understood'. It avoids many misunderstandings and fights in relationships."

" Always remember to tell the ones you love that you love them because you never know when it could be your last chance to do so."
I came up with this because of an experience that really shook me: The last time I talked to my mom on the phone we didn't say "I love You" to each other. Two days later she passed away. I have never forgotten that.

" Do something great for yourself and the world: make someone happy today. Happy people want others to be happy. Unhappy people want to see others unhappy as well."

" Positive thoughts will program you to victory, wisdom, peace and happiness. Set no limits in your mind for in life, you become what you believe."

" We arrive not totally wired nor totally assembled like an electric jigsaw puzzle. And thru life we are just trying to figure out how all our pieces go together."

" Never pay attention to those who talk behind your back. It simply means that you are two steps ahead."

" Everyone has their own view. It doesn't matter. But how you present it, it matters."

" My life has not chosen me. I have chosen the steps that will make my life what it is now and will be tomorrow."
This is a reminder that you can always create a better way for yourself and it starts now.


Read more...

Berseorangan namun Allah ada di sisiku



Teringat kembali kehidupanku sewaktu kecil apabila pulang ke Serendah baru-baru ini,rumah lama ketika arwah abah membawa kami sekeluarga berpindah dari Wangsa Maju ke Kuala Lumpur.Kini,abangku yang tinggal di situ bersama isteri dan anaknya,jadi dila dan mak melawat mereka di sana.Sampai sahaja di Serendah,terus mataku melilau melihat perubahan-perubahan yang berlaku di Serendah.Hee teringat pula kenangan lalu ketika lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Serendah,banyak suka duka kehidupan kanak-kanakku di lalui di situ.




Terlihat padang sekolah rendah membuatkan aku teringat kembali bagaimana dila begitu aktif dalam sukan olahraga dan bola baling,hee sudah tentu olahraga adalah sukan kegemaranku.Obsesnya dila dengan sukan tersebut sehingga berangan dapat mewakili negeri dan negara suatu hari nanti,teringat bagaimana cikgu melatih dila dan kawan-kawan untuk pertandingan olahraga peringkat sekolah dan daerah pada setiap petang,habis sahaja sekolah agama,pasti cepat-cepat dila menukar salinan baju untuk terus bergerak ke padang sekolah untuk membuat latihan lumba lari.Minat tersebut diteruskan sehingga ke sekolah menengah sehingga diriku dapat memecahkan beberapa rekod lumba lari di sekolah,walaupun diriku baru sahaja menjangkau tingkatan satu,dila berjaya dinobatkan sebagai Olahragawati sekolah.

Teringat kenangan tersebut menyebabkan diriku tersenyum sendiri,alhamdulillah walaupun dila begitu aktif dalam sukan,dila berjaya mendapat nombor satu di dalam kelas,kadangkala nombor dua dan tiga.Seingatku memang matlamat yang ku tetapkan sewaktu itu ialah untuk menjadi pelajar cemerlang sekolah yang serba boleh.Disebabkan kekecewaanku sewaktu UPSR,hanya mendapat 4A1B,tidak berjaya memasuki sekolah berasrama penuh,nekadku untuk mendapat 8A di dalam PMR dan memasuki sekolah berasrama penuh.Alhamdulillah,dila berjaya memperoleh 8A dan memasuki Sekolah Menengah Sains Muar.Sewaktu dila belajar di sekolah tersebut,hanya dila seorang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju,agak sedih kerana tidak mempunyai kawan-kawan untuk bersama.Namun kehidupan diteruskan,diriku belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah berasrama penuh.Kadang-kadang aku rasa berseorangan ketika di situ,mungkin kerana masih baru lagi,jadi mengambil masa untuk menyesuaikan diri.Beberapa kali aku menelefon ibuku menyatakan hasratku untuk keluar dari sekolah,tidak tertahan rasanya,kesian mak kerana banyak mendengar aduanku.Pesanan demi pesanan dar Mak menyebabkan aku meneruskan persekolahanku.Namun banyak pengalaman yang dipelajari disitu,betapa ditekankan kerohanian di situ,di situlah buat kali pertamanya aku menjadi iman untuk solat berjemaah bagi pelajar siswi,memberi pengisian sewaktu pelajar siswi mahzurah,menjadi naqibah untuk handle usrah dan banyak lagi.Alhamdulillah ketika di sana,diriku masih terus aktif dalam sukan olahraga dan aktiviti persatuan,namun pelajaranku agak terganggu,aku tidak fokus dalam akademik kerana tidak mempunyai kekuatan mengharungi ujian-ujian di situ.Tidak secemerlang UPSR,PMR,tidak bersungguh-sungguh.Bertambah lagi kekecewaanku apabila mendengar kawan-kawan lama sewaktu di Sekolah Menegah di KL mendapat straight A dalam SPM,hmm diikutkan sewaktu belajar dahulu,diriku antara yang mendapat top scorer dalam peperiksaan berbanding mereka,namun sudah ketentuan Allah,Alllah akan membantu mereka yang berusaha,sudah tiada rezekiku untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Ketika itu diriku belajar erti redha dan erti kegagalan..pahit untuk menelannya,namun ku yakin ada hikmah di sebalik semua itu,akhirnya aku mengerti akan ketentuan Allah,kerana ku yakin Allah sentiasa di sisiku dan tahu apa yang terbaik buatku.Tika ku rasa keseorangan,disitulah ku rasa bahawa rahmat Allah tak pernah padam,aku belajar erti bersyukur ya Allah,alhamdulillah ya Allah..semoga dapat kuteruskan sisa-sisa kehidupanku dengan amal soleh,moga redhaMu yang ku perolehi,jauhkan aku dari kekecewaan dari hanya mengejar dunia,semoga diriku terus istiqamah dengan perjuangan Islam.Disaat itu, diriku bermuhasabah bahawa kehidupan ini ibarat roda,kadangkala di atas dan kadangkala di bawah.Namun kekuatan ku pohon dari Allah agar dapat ku teruskan cita-cita ku untuk menjadi insan yang berjaya kelak,agar dapat ku balasi setiap pengorbanan arwah abah serta ibu ku yang selama ini membesarkan ku.Kepahitan itu hanya aku dan Allah sahaja yang tahu,dan ku tahu Allah akan beri ujian mengikut kemampuan hambanya,dan aku berterima kasih kepada Allah kerana memberikan aku ujian demi ujian ,ia menyebabkan aku semakin dekat denganMu ya Allah.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).


Aku meneruskan pengajianku di peringkat Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik,disitu aku ditarbiyah dengan usrah pada permulaannya,mengenal erti kasih sayang sebagai sebuah keluarga.Mengenal erti perjuangan Islam,terima kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan teman-teman seperjuangan yang begitu sayangkan Islam.
Teringat aku tentang muawasafat Tarbiyah :Qadiran Ala Kasbi[Mampu berdikari],disebabkan sejak kecil diriku sudah berdikari kerana arwah abah dan ibu bekerja,jadi kebanyakan masa kecilku diuruskan sendiri,teringat sewaktu aku bersekolah di Sek Men Sains Muar,setiap kali pulang dan pergi,adakalanya aku pergi sendiri ke hentian Pudu,ada juga masanya kakakku sendri yang hantar.Begitu juga di Politeknik,aku mampu berdikari dan menyesuaikan diri,tarbiyah dari Allah sejak ku kecil,ada hikmah di sebaliknya.Alhamdulillah pengalaman silam dan kekecewaan silam banyak mengajar ku erti bersyukur,aku meneruskan kehidupan ku dengan membahagikan masa antara dakwah dan akademik agar aku tidak kecundang sekali lagi,walaupun aku ingin berjaya,namun aku sayangkan perjuangan Islam,aku memilih untuk membuat terbaik di dalam kedua-dua bidang tersebut.Alhamdulillah pada semester pertama,walaupun hati aku bergolak untuk tidak begitu aktif dalam persatuan Islam,namun pujukan naqibahku berjaya membuatkan aku terus istiqamah dengan izin Allah,dan aku mampu memperolehi 3.93 bagi CGPA semester pertama ku di situ.Ku teruskan kehidupanku di Politeknik,belajar erti suka duka sebagai pelajar dan juga sebagai dai'e.Banyak pengalaman yang ku perolehi,ku teruskan kehidupan ku di sana dengan aktif di dalam persatuan islam serta kamsis,namun ku rancang sebaiknya dengan izin Allah agar urusan akademikku tidak terabai,alhamdulillah aku mampu memperolehi cgpa 3.5 dan ke atas sehingga akhir pengajianku di sana.Aku yakin Allah sentiasa disisiku,firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Surah Muhammad ayat 7,ayat tersebut sering di ulang-ulang di dalam mesyuarat persatuan,motivasi untuk mencetuskan semangat kami adik-adik sebagai penerus perjuangan Islam.Bila difikirkan kembali,tidak pernah aku menyesal memasuki Politeknik walaupun sebelum ini difikiranku tidak pernah terlintaspun untuk memasuki Politeknik,kerana aku hanya berharap dapat memasuki matriks dan universiti.Alhamdulillah pilihan Allah dan aturan Allah sudah semestinya terbaik buatku kerana banyak perkara ku pelajari di sini,tentang persahabatan,ukhuwwah islamiyah di antara kami semua,tentang bagaimana untuk menjadi seorang muslim yang sejati.Dari sudut pengurusan masa,aku juga belajar banyak perkara,dalam mengutamakan apa yang paling penting dahulu,begitu juga dari sudut organisasi,dilatih untuk menjadi pemimpin,anak buah dan pelbagai pengalaman lagi.

Alhamdulillah aku masih mampu meneruskan pengajianku di peringkat ijazah dengan keizinan Allah.Sebagai manusia yang hidup dalam dunia yang dipinjamkan oleh Allah yang hanya sementara sahaja ini dan kita sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menjaga bumi ini seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita. Rezeki yang Allah berikan kepada kita untuk meneruskan kelangsungan hidup sepatutnya kita perlu mensyukurinya.Begitu juga di universiti,aku kembali berseorangn memasuki kelas,kerana satu-satunya pelajar Direct Entry perempuan dari Politeknik,namun aku yakin dan tidak takut kerana Allah sentiasa disisiku.Alhamdulillah segala urusanku dipermudahkan,aku meneruskan misi menyeimbangkan antara akademik dan dakwah.Alhamdulillah aku masih mampu menghabiskan sesi pengajian ijazahku di sana.Teringat seawal kemasukanku di universiti,agak susah aku menyeimbangkan antara akademik dan dakwah,suatu cabaran buatku kerana result sem 1 turun,namun aku menguatkan semangat dan izin Allah aku memperolehi anugrah dekan pada semester berikutnya.Namun segala puji hanyalah untuk Allah kerana hanya Dia menganugerahkan semua ini kepadaku,terima kasih ya Allah.

Beralih ke alam realiti,selesai sahaja pengajianku di universiti,aku terpilih untuk memasuki INFOSYS FOUNDATION PROGRAMME,sekali lagi hanya aku seorang sahaja pelajar perempuan yang terpilih antara kelima-lima pelajar lelaki.Kursus ini adalah di bawah anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasa MDEC,INFOSYS bagi melahirkan tenaga pakar IT di Malaysia.Bertuahnya diriku kerana hanya 100 org pelajar yang terpilih dari seluruh IPT/IPTS Malaysia.Sekali lagi aku berseorangan buat pertama kalinya,kembara ke Sarawak kerana program diadakan di Unimas.Apapun pelbagai cabaran berjaya ditempuhi,kadang-kala aku rasa putus asa JUGA kerana result ujian yang tidak memberansangkan,namun ku yakin Allah menguji mengikut kemampuanku.Ku atasi perasaan-perasaan negatif tersebut dengan kekuatan yang dipinjamkan dariNya.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,setiap liku-liku kehidupan yang dilalui adalah hasil tarbiyah dari Allah yang terbaik buat hambanya,ia membuatkan insan kerdil semakin menghampiri Sang Penciptanya,semakin mengenal erti syukur dan Redha.Sudah tentu aku tidak layak untuk bercakap tentang ujian kerana aku yakin setiap dari kita pasti ada kisah silamnya yang tersendiri.Teringat aku tentang seorang ,kata-katanya ialah "Hanya orang yang semenjak kecil belajar hidup susah dan berdikari mampu mentafisrkan erti kejayaan yang diingininya".Kata-kata tersebut menyebabkan aku terpaku dan terdiam sendiri untuk mentafsirnya.


Akhir kata,renungilah madah ini

Be thankful that you don’t already have everything you desire,
if you did, what would there be to look forward to?

Be thankful when you don’t know something,
for it gives you the opportunity to learn.

Be thankful for the difficult times,
during those times you grow.

Be thankful for the limitations,
because they give you opportunities for improvement.

Be thankful for each challenge,
because it will build your strength and character.

Be thankful for your mistakes,
they will teach you valuable lessons.

Be thankful when you’re tired and weary,
because it means you’ve made a difference.

It is easy to be thankful for the good things.

A life of rich fulfillment comes to those who are also thankful for the setbacks. Gratitude can turn a negative into a positive. Find a way to be thankful for your troubles and they can become your blessings.


Read more...

Friday, January 28, 2011

CINTA PADA BUKU



Perbualan di pejabat,Maybank,IT Department-Branch Sales & Services, Delivery Channels, Information Technology

Peristiwa di ofis:

Bos:Fadilah,ohh u also read this book ya?(7 Habits of Highly Effective People)
Me:Ya=),why?
Bos:I also read this book,hee until sleep read this book
Me:hee ya,I like this book so much,it makes me realize the important of taking responsibility for your life.
Bos:So how long u read this book,which page?
Me:Hee almost 2 weeks
Bos:Oh ok,u know what,this book is very good,many values inside it and u know what,the beauty of this book,eventough u read it for next 5,7 years,every single page will give u different meanings base on ur experience
Me:ohh ok,tq for da info=)

Lepas tu,ada sorg staff chinese dtg tmpat ana,hee diapun suka buku ni,trsenyum melihat ana mempunyai buku ini.Sahaja ana kongsikan perbualan ini kerana dalam suasana pada hari ini,penguasaan ilmu haruslah ditingkatkan kerana ia juga sebagai salah satu unsur dakwah.Apabila kita mempunyai ilmu,mudah untuk kita berkongsi dengan orang lain.Perluaskan bahan bacaan agar dapat kita kuasai pelbagai bidang ilmu,sebagai seorang dai'e,kita harus menyesuaikan diri dengan pebagai golongan,ini termasuklah dengan non-muslim,rakan sepejabat,jiran tetangga,bos di tempat kerja dan sebagainya.Melalui bahan bacaan yang meluas,mudah bagi seorang dai'e menyampaikan ilmu mengikut keadaan dan peluang yang sesuai kepada mad'u.Belajarlah mencintai buku,jelajahi isi buku dan anda akan terasa keseronokannya.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Ingatlah! Sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada didalamnya (jauh dari rahmat Allah S.W.T.), kecuali zikrullah dan apa-apa yang hampir kepadaNya (yakni amal-amal kebajikan), seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama."
Hadith riwayat Tirmizi

Antara kelebihan dan faedah apabila membaca adalah:

1. Yang ini hampir semua orang tahu dan pernah dengar kan. Iaitu membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.

2. Sebenarnya membaca adalah satu senaman juga. Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.

3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.

4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.

5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.

6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.

7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.

8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.

9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.

10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.


Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”







Read more...

Kisah Srikandi Islam [ ZinniraH ] & [Sumayyah binti Khayyat Radhiallaahu ‘anha]



Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam

Sumayyah binti Khayyat Radhiallaahu ‘anha

Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah sehingga tidak ada kabilah yang dapat membela, menolak dan mencegah kezaliman atas dirinya, karena dia hidup sebatang kara. Posisinya menjadi sulit dibawah naungan aturan yang berlaku pada masa Jahiliyah.

Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Huzaifah. Dia akhirnya dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini. Beliau hidup bersamanya dalam suasana yang tenteram. Tidak berselang lama dari pernikahan tersebut, merekapun dikaruniai dua orang anak, yaitu ‘Ammar dan Ubaidullah

Tatkala ‘Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Maka berfikirlah ‘Ammar bin Yasir sebagaimana yang difikirkan oleh penduduk Mekkah, sehingga kesungguhan beliau di dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk Dienul Islam.

‘Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lezatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya.

Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.

Dari sinilah dimulai sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk pertama kalinya.

Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, karena ‘Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir menyikapinya dengan menentang dan memusuhi mereka.

Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari dien mereka. Mereka memaksa dengan cara menyeret mereka ke padang pasir tatkala cuaca sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan diatas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad….Ahad…., beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang diucapkan juga oleh Yasir, ‘Ammar dan Bilal.

Suatu ketika Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah tersiksa secara kejam, maka beliau menengadahkan tangannya ke langit dan berseru :
"Bersabarlah keluarga Yasir karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga"

Sumayyah mendengar seruan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bertambah tegar dan optimis dengan kewibawaan imannya. Dia mengulang-ulang dengan berani: "Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar".

Sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang sepele dalam rangka memperjuangkan aqidahnya. Di hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para Thaghut yang zhalim, yang mana mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya sekalipun hanya satu langkah semut.

Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya. Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kesuksesan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.

Tatkala para Thaghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah maka musuh Allah, Abu jahal melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkannya sangkur yang berada dalam genggamannya ke tubuhnya. Maka terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan bersih. Dan beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh yang baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, yang mana beliau telah mengerahkan segala apa yang beliau miliki, dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Rabb-nya. "Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan"


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...