Pages

Monday, January 11, 2010

GELISAH BERUBAH KE JIWA YANG POSITIF


Allah SWT mengetahui keperluan diri kita lebih daripada kita sendiri. Maka sebab itu Allah SWT telah mengadakan segala keperluan kita sebelum kita memohon kepadaNya. Untuk memiliki apa yang diperlukan oleh kita, kita hanya perlu memohon kepada Allah SWT.
Namun di dalam hal memohon ini, ramai yang melihat dari segi keperluan bentuk fizikal. Jika ada dari segi perasaan hati, ramai yang memohon setelah sesuatu menimpa pada hati tersebut seperti sedih dan sempit.
Kita jarang memohon di saat genting iaitu dalam keadaan hampir melakukan sesuatu yang kita tahu kesudahannya adalah tidak baik. Seperti contoh, ketika kita bersembang, kita tahu jika kita mengumpat, kita berdosa. Namun hati ini memberontak untuk kita bercerita keburukan orang lain kepada kawan-kawan kita dan selalunya kita akur dengan kehendak hati. Kita sering menyalahkan Allah SWT dengan mengatakan bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana hati kuat berasakan untuk mengumpat.
Nah! Di sinilah kita seringkali melakukan kesalahan besar di mana kita tidak memohon di saat genting sebelum beberapa ketika untuk mengumpat. Kita tidak memohon kepada Allah SWT agar mengubah kehendak hati kita agar tidak mengumpat.
“Ya Allah, aku rasa nak cakap pasal si fulan ni ya Allah. Tapi nanti berdosalah ya Allah. Ya Allah Kau cabutlah rasa nak cakap pasal si Fulan ni ya Allah. Kau cabutlah rasa itu ya Allah. Bantulah aku ya Allah. Aku tak mampu nak kawal rasa aku ni ya Allah. Bantu aku ye ya Allah, bantu aku. Terima kasih Allah, terima kasih”

Hati rasa gelisah kerana kadang-kala perasaan seperti ini melanda diri.Hati saya juga kadang-kala gelisah memikirkan kehidupan yang saya lalui ini,sebagai seorang pelajar dan juga sebagai hamba yang lemah dalam melaksanakan kerja-kerja Islam menuntut saya untuk memenuhi tuntutan belajar dan dakwah.Saya sangat risau jika tidak dapat melaksanakan kedua-duanya secara terbaik,memandangkan semester ini merupakan semester yang terakhir di UMP,pelbagai perkara yang difikirkan,risau meninggalkan UMP selagi tidak membuat yang terbaik di dalam organisasi Islam.Saya inginkan pembaharuan,kerana saya tidak suka duduk di tampuk lama,pada perinsip saya,kehidupan ini haruslah ada pembaikan dan pembaharuan hari demi hari,mungkin juga sikap ini hadir dari naluri saya yang mudah bosan pada perkara yang sama sahaja.Jiwa ini suka bersifat anjakan paradigma yang menuntut saya berfikir hari demi hari apakah idea-idea yang boleh dilakukan demi pembaharuan.Sesungguhnya kurniaan ilham tersebut datang dari Allah swt yang dizahirkan melalui makhluknya demi kebaikan perjuangan Islam.Walaupun kadang kala rutin harian saya dipenuhi dengan mesyuarat,dakwah dan usrah,saya gembira menyibukkan hidup ini dengan kerja-kerja tersebut kerana saya tahu ini adalah juga hidayah dari Allah.

Tapi terkadang jiwa ini diruntun rasa gelisah,kekangan masa dan tenaga menyebabkan amat kurang saya menghabiskan masa untuk fokus kepada akademik di mana pada semester ini saya harus menyiapkan projek sarjana muda fasa 2.

Pernah saya bermuhasabah kembali,

Hidup yang susah inilah yang membuatkan kita membesar dengan matang. Kita tidak mampu mengira berapa banyak masalah yang telah kita selesaikan. Masalah-masalah inilah yang mematangkan kita di dalam kehidupan kita di dunia ini.
Mengapa Allah SWT menjadikan hidup penuh dengan cabaran dan dugaan?
Kita perlu memiliki kesedaran bahawa hidup ini susah iaitu penuh dengan cabaran dan dugaan. Apabila kita lupa hidup ini susah, kita tidak akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku.
Bersedia tidak semestinya sentiasa memikirkan masalah-masalah yang akan datang. Tetapi kita sentiasa bersedia dengan fizikal dan mental jika kita berhadapan dengan masalah yang mungkin akan berlaku kepada kita.
Apabila kesedaran hidup ini susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan dan daya yang kita miliki ini HANYALAH sekadar kekuatan dan daya yang dialirkan Allah SWT ke dalam diri kita. Kita tidak mampu mengharungi kehidupan yang susah ini tanpa bantuan Allah SWT. Lalu kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT.
Kita akan memohon dengan bersungguh-sungguh kerana kita SEDAR HIDUP INI SUSAH. Kita memerlukan bantuan Yang Maha Berkuasa Yang memberikan ujian dan dugaan di dalam hidup kita. Hanya Yang menyediakan ujian dan dugaan hidup kita ini yang tahu menyelesaikan masalah yang diciptakanNya.Saya akui tanpa bantuan dari Allah swt tidak sedikitpun saya mampu untuk melawan keletihan yang ada dalam melaksanakan tugas-tugas di dalam organisasi Islam dan menguasai subjek-subjek yang ada,jika Allah tidak memberi kudrat kepada diri ini,bukan setakat 6 subjek tetapi 1 subjek pun mungkin saya tidak mampu,hebatnya kuasa Allah.

Maka saya harus mengawal stereng emosi saya yang gelisah ke jiwa yang positf.Kita melakukan atas nama Allah SWT. Apa yang kita lakukan sesungguhnya adalah pekerjaan Allah SWT, atas nama Allah, atas kehendak Allah SWT.
Firman Allah SWT:
“maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(QS: Al-Anfaal:8:17)
Demikianlah jalan jiwa positif hidup bertuhan sesungguhnya. Bahawa kita perlu kembali kepada tujuan semula kita dijadikan iaitu sebagai wakil Allah SWT yang memegang kekuasaan ATAS NAMA ALLAH SWT.

Kita tidak boleh memandang hidup ini senang. Dengan mempercayai hidup ini senang, kita akan menjadi manusia yang lemah. Memang banyak motivasi yang diberikan hari ini menyatakan hidup ini senang agar mempositifkan minda di dalam menyelesaikan masalah.

Marilah kita bersama-sama berdakwah dan menjadi seorang daie yang cemerlang di dalam akademik,dunia pada hari ini menuntut kita untuk menjadi generasi berteraskan kekuatan rohaniah(takwa) dibina dengan kekuatan zikir dan kekuatan lahiriah(ekonomi,sains dan teknologi)dibina dengan ketajaman fikir,kuatkan zikir dan tingkatkan fikir.Gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada sebagai seorang pelajar menuntut pelbagai bidang ilmu,bagi yang beraliran kejuruteraan,mari kita bersama-sama tingkatkan ilmu dalam pngajian Islam,motivasikan diri untuk mencapai target sebagai individu mukimin professional.

Perancangan perlulah bermula di awal tahun ini,masih tidak terlambat untuk kita berhijrah.Segalanya terserah kepada diri,anda bijak menilainya.


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila

1 comments:

Anonymous said...

Merit Casino | Best Online Casino in Costa Rica | CAFCASINO
Best Online Casino in Costa Rica | CAFCASINO.com | Newest Online 인카지노 Casino in Costa Rica | 바카라 사이트 CAFCASINO.com | Newest Online Casino in 메리트카지노 Costa Rica | CAFCASINO.com.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...