Pages

Saturday, February 5, 2011

Berseorangan namun Allah ada di sisiku



Teringat kembali kehidupanku sewaktu kecil apabila pulang ke Serendah baru-baru ini,rumah lama ketika arwah abah membawa kami sekeluarga berpindah dari Wangsa Maju ke Kuala Lumpur.Kini,abangku yang tinggal di situ bersama isteri dan anaknya,jadi dila dan mak melawat mereka di sana.Sampai sahaja di Serendah,terus mataku melilau melihat perubahan-perubahan yang berlaku di Serendah.Hee teringat pula kenangan lalu ketika lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Serendah,banyak suka duka kehidupan kanak-kanakku di lalui di situ.




Terlihat padang sekolah rendah membuatkan aku teringat kembali bagaimana dila begitu aktif dalam sukan olahraga dan bola baling,hee sudah tentu olahraga adalah sukan kegemaranku.Obsesnya dila dengan sukan tersebut sehingga berangan dapat mewakili negeri dan negara suatu hari nanti,teringat bagaimana cikgu melatih dila dan kawan-kawan untuk pertandingan olahraga peringkat sekolah dan daerah pada setiap petang,habis sahaja sekolah agama,pasti cepat-cepat dila menukar salinan baju untuk terus bergerak ke padang sekolah untuk membuat latihan lumba lari.Minat tersebut diteruskan sehingga ke sekolah menengah sehingga diriku dapat memecahkan beberapa rekod lumba lari di sekolah,walaupun diriku baru sahaja menjangkau tingkatan satu,dila berjaya dinobatkan sebagai Olahragawati sekolah.

Teringat kenangan tersebut menyebabkan diriku tersenyum sendiri,alhamdulillah walaupun dila begitu aktif dalam sukan,dila berjaya mendapat nombor satu di dalam kelas,kadangkala nombor dua dan tiga.Seingatku memang matlamat yang ku tetapkan sewaktu itu ialah untuk menjadi pelajar cemerlang sekolah yang serba boleh.Disebabkan kekecewaanku sewaktu UPSR,hanya mendapat 4A1B,tidak berjaya memasuki sekolah berasrama penuh,nekadku untuk mendapat 8A di dalam PMR dan memasuki sekolah berasrama penuh.Alhamdulillah,dila berjaya memperoleh 8A dan memasuki Sekolah Menengah Sains Muar.Sewaktu dila belajar di sekolah tersebut,hanya dila seorang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju,agak sedih kerana tidak mempunyai kawan-kawan untuk bersama.Namun kehidupan diteruskan,diriku belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah berasrama penuh.Kadang-kadang aku rasa berseorangan ketika di situ,mungkin kerana masih baru lagi,jadi mengambil masa untuk menyesuaikan diri.Beberapa kali aku menelefon ibuku menyatakan hasratku untuk keluar dari sekolah,tidak tertahan rasanya,kesian mak kerana banyak mendengar aduanku.Pesanan demi pesanan dar Mak menyebabkan aku meneruskan persekolahanku.Namun banyak pengalaman yang dipelajari disitu,betapa ditekankan kerohanian di situ,di situlah buat kali pertamanya aku menjadi iman untuk solat berjemaah bagi pelajar siswi,memberi pengisian sewaktu pelajar siswi mahzurah,menjadi naqibah untuk handle usrah dan banyak lagi.Alhamdulillah ketika di sana,diriku masih terus aktif dalam sukan olahraga dan aktiviti persatuan,namun pelajaranku agak terganggu,aku tidak fokus dalam akademik kerana tidak mempunyai kekuatan mengharungi ujian-ujian di situ.Tidak secemerlang UPSR,PMR,tidak bersungguh-sungguh.Bertambah lagi kekecewaanku apabila mendengar kawan-kawan lama sewaktu di Sekolah Menegah di KL mendapat straight A dalam SPM,hmm diikutkan sewaktu belajar dahulu,diriku antara yang mendapat top scorer dalam peperiksaan berbanding mereka,namun sudah ketentuan Allah,Alllah akan membantu mereka yang berusaha,sudah tiada rezekiku untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Ketika itu diriku belajar erti redha dan erti kegagalan..pahit untuk menelannya,namun ku yakin ada hikmah di sebalik semua itu,akhirnya aku mengerti akan ketentuan Allah,kerana ku yakin Allah sentiasa di sisiku dan tahu apa yang terbaik buatku.Tika ku rasa keseorangan,disitulah ku rasa bahawa rahmat Allah tak pernah padam,aku belajar erti bersyukur ya Allah,alhamdulillah ya Allah..semoga dapat kuteruskan sisa-sisa kehidupanku dengan amal soleh,moga redhaMu yang ku perolehi,jauhkan aku dari kekecewaan dari hanya mengejar dunia,semoga diriku terus istiqamah dengan perjuangan Islam.Disaat itu, diriku bermuhasabah bahawa kehidupan ini ibarat roda,kadangkala di atas dan kadangkala di bawah.Namun kekuatan ku pohon dari Allah agar dapat ku teruskan cita-cita ku untuk menjadi insan yang berjaya kelak,agar dapat ku balasi setiap pengorbanan arwah abah serta ibu ku yang selama ini membesarkan ku.Kepahitan itu hanya aku dan Allah sahaja yang tahu,dan ku tahu Allah akan beri ujian mengikut kemampuan hambanya,dan aku berterima kasih kepada Allah kerana memberikan aku ujian demi ujian ,ia menyebabkan aku semakin dekat denganMu ya Allah.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).


Aku meneruskan pengajianku di peringkat Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik,disitu aku ditarbiyah dengan usrah pada permulaannya,mengenal erti kasih sayang sebagai sebuah keluarga.Mengenal erti perjuangan Islam,terima kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan teman-teman seperjuangan yang begitu sayangkan Islam.
Teringat aku tentang muawasafat Tarbiyah :Qadiran Ala Kasbi[Mampu berdikari],disebabkan sejak kecil diriku sudah berdikari kerana arwah abah dan ibu bekerja,jadi kebanyakan masa kecilku diuruskan sendiri,teringat sewaktu aku bersekolah di Sek Men Sains Muar,setiap kali pulang dan pergi,adakalanya aku pergi sendiri ke hentian Pudu,ada juga masanya kakakku sendri yang hantar.Begitu juga di Politeknik,aku mampu berdikari dan menyesuaikan diri,tarbiyah dari Allah sejak ku kecil,ada hikmah di sebaliknya.Alhamdulillah pengalaman silam dan kekecewaan silam banyak mengajar ku erti bersyukur,aku meneruskan kehidupan ku dengan membahagikan masa antara dakwah dan akademik agar aku tidak kecundang sekali lagi,walaupun aku ingin berjaya,namun aku sayangkan perjuangan Islam,aku memilih untuk membuat terbaik di dalam kedua-dua bidang tersebut.Alhamdulillah pada semester pertama,walaupun hati aku bergolak untuk tidak begitu aktif dalam persatuan Islam,namun pujukan naqibahku berjaya membuatkan aku terus istiqamah dengan izin Allah,dan aku mampu memperolehi 3.93 bagi CGPA semester pertama ku di situ.Ku teruskan kehidupanku di Politeknik,belajar erti suka duka sebagai pelajar dan juga sebagai dai'e.Banyak pengalaman yang ku perolehi,ku teruskan kehidupan ku di sana dengan aktif di dalam persatuan islam serta kamsis,namun ku rancang sebaiknya dengan izin Allah agar urusan akademikku tidak terabai,alhamdulillah aku mampu memperolehi cgpa 3.5 dan ke atas sehingga akhir pengajianku di sana.Aku yakin Allah sentiasa disisiku,firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Surah Muhammad ayat 7,ayat tersebut sering di ulang-ulang di dalam mesyuarat persatuan,motivasi untuk mencetuskan semangat kami adik-adik sebagai penerus perjuangan Islam.Bila difikirkan kembali,tidak pernah aku menyesal memasuki Politeknik walaupun sebelum ini difikiranku tidak pernah terlintaspun untuk memasuki Politeknik,kerana aku hanya berharap dapat memasuki matriks dan universiti.Alhamdulillah pilihan Allah dan aturan Allah sudah semestinya terbaik buatku kerana banyak perkara ku pelajari di sini,tentang persahabatan,ukhuwwah islamiyah di antara kami semua,tentang bagaimana untuk menjadi seorang muslim yang sejati.Dari sudut pengurusan masa,aku juga belajar banyak perkara,dalam mengutamakan apa yang paling penting dahulu,begitu juga dari sudut organisasi,dilatih untuk menjadi pemimpin,anak buah dan pelbagai pengalaman lagi.

Alhamdulillah aku masih mampu meneruskan pengajianku di peringkat ijazah dengan keizinan Allah.Sebagai manusia yang hidup dalam dunia yang dipinjamkan oleh Allah yang hanya sementara sahaja ini dan kita sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menjaga bumi ini seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita. Rezeki yang Allah berikan kepada kita untuk meneruskan kelangsungan hidup sepatutnya kita perlu mensyukurinya.Begitu juga di universiti,aku kembali berseorangn memasuki kelas,kerana satu-satunya pelajar Direct Entry perempuan dari Politeknik,namun aku yakin dan tidak takut kerana Allah sentiasa disisiku.Alhamdulillah segala urusanku dipermudahkan,aku meneruskan misi menyeimbangkan antara akademik dan dakwah.Alhamdulillah aku masih mampu menghabiskan sesi pengajian ijazahku di sana.Teringat seawal kemasukanku di universiti,agak susah aku menyeimbangkan antara akademik dan dakwah,suatu cabaran buatku kerana result sem 1 turun,namun aku menguatkan semangat dan izin Allah aku memperolehi anugrah dekan pada semester berikutnya.Namun segala puji hanyalah untuk Allah kerana hanya Dia menganugerahkan semua ini kepadaku,terima kasih ya Allah.

Beralih ke alam realiti,selesai sahaja pengajianku di universiti,aku terpilih untuk memasuki INFOSYS FOUNDATION PROGRAMME,sekali lagi hanya aku seorang sahaja pelajar perempuan yang terpilih antara kelima-lima pelajar lelaki.Kursus ini adalah di bawah anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasa MDEC,INFOSYS bagi melahirkan tenaga pakar IT di Malaysia.Bertuahnya diriku kerana hanya 100 org pelajar yang terpilih dari seluruh IPT/IPTS Malaysia.Sekali lagi aku berseorangan buat pertama kalinya,kembara ke Sarawak kerana program diadakan di Unimas.Apapun pelbagai cabaran berjaya ditempuhi,kadang-kala aku rasa putus asa JUGA kerana result ujian yang tidak memberansangkan,namun ku yakin Allah menguji mengikut kemampuanku.Ku atasi perasaan-perasaan negatif tersebut dengan kekuatan yang dipinjamkan dariNya.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,setiap liku-liku kehidupan yang dilalui adalah hasil tarbiyah dari Allah yang terbaik buat hambanya,ia membuatkan insan kerdil semakin menghampiri Sang Penciptanya,semakin mengenal erti syukur dan Redha.Sudah tentu aku tidak layak untuk bercakap tentang ujian kerana aku yakin setiap dari kita pasti ada kisah silamnya yang tersendiri.Teringat aku tentang seorang ,kata-katanya ialah "Hanya orang yang semenjak kecil belajar hidup susah dan berdikari mampu mentafisrkan erti kejayaan yang diingininya".Kata-kata tersebut menyebabkan aku terpaku dan terdiam sendiri untuk mentafsirnya.


Akhir kata,renungilah madah ini

Be thankful that you don’t already have everything you desire,
if you did, what would there be to look forward to?

Be thankful when you don’t know something,
for it gives you the opportunity to learn.

Be thankful for the difficult times,
during those times you grow.

Be thankful for the limitations,
because they give you opportunities for improvement.

Be thankful for each challenge,
because it will build your strength and character.

Be thankful for your mistakes,
they will teach you valuable lessons.

Be thankful when you’re tired and weary,
because it means you’ve made a difference.

It is easy to be thankful for the good things.

A life of rich fulfillment comes to those who are also thankful for the setbacks. Gratitude can turn a negative into a positive. Find a way to be thankful for your troubles and they can become your blessings.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...