Pages

Sunday, January 16, 2011

Melangkah Ke Dunia Kerjaya



Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ilahi atas rezeki yang dikurniakannya.Seandainya tidak semua perkara mampu ku miliki,diriku tetap bersyukur dengan pemberianNya kerana ku tahu Dia Maha Mengetahui untuk memberi yang terbaik dalam kehidupanku.Esok diriku bakal memulakan kerja pertama sebagai Eksekuitif di Menara Maybank,Jalan Tun Razak.Sepatutnya aku melaporkan diri pada 20 Disember 2010,tetapi disebabkan permohonan aku untuk mengambil cuti kerana percutian keluarga ke Bangkok telah menyebabkan Manager Department menangguhkan tarikh lapor diri untuk diriku kerana disebabkan beberapa prosedur Maybank.Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda Sains Komputer Pengkhususan dalam Kejuruteraan Perisian di Universiti Malaysia Pahang,walaupun tempohnya hanya singkat,2 1/2 tahun,dalam tempoh 2 tahun tersebut banyak suka duka ku harungi,namun aku bersyukur kerana kehidupanku di kampus bukan hanya terfokus dengan akademik sahaja,alhamdulillah aku disibukkan dengan kerja-kerja dakwah,persatuan dan sebagainya.

3 tahun lalu,aku mengharungi kehidupan di Politeknik Ungku Omar,mengambil Diploma dalam Teknologi Maklumat,alhamdulillah sebegitu juga di sana,kehidupan aku disibukkan dengan kerja-kerja dakwah dan organisasi.Tidak pernah aku menyesal ketika ditaklifkan sebagai Naib Presiden Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Ungku Omar sewaktu tahun akhir,begitu juga sebagai Naib Presiden Sahabat Masjid Universiti Malaysia Pahang sewaktu pengajian Ijazahku di sana.Diriku akui kehidupan sebagai pelajar tahun akhir sangatlah sibuk dengan Projek Tahun Akhir,namun alhamdulillah Allah permudahkan segala urusanku,memang tertekan dengan tugasan-tugasan yang diberikan,namun hanya kekuatan dari Allah yang ku pohon.


Alhamdulillah setelah tamat praktikal ku di Universiti Malaysia Pahang,beberapa sesi temuduga yang ku hadiri,dalam 4 buah syarikat yang ku pohon,3 daripadanya menawarkan kerja,namun aku memilih Maybank kerana aku memikrkan itu yang terbaik buat diriku setakat ini.Teringat sewaktu panggilan temuduga Maybank,aku tidak begitu bersedia berbanding dengan sesi temuduga sebelum ini di syarikat lain,lagipun aku sudah mendapat tawaran bekerja dari CIMB,namun ku hadiri juga interview Maybank untuk mendapatkan pengalaman,alhamdulillah segala persoalan yang diberikan adalah berkait rapat dengan penagalaman berorganisasiku,barula aku tahu betapa beruntungnya dan hikmahnya apabla terlibat dalam organisasi selama ini.Aku juga sedari betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi itu terutama dalam berbahasa Inggeris.Dan aku tahu,sebagai muslimah,haruslah malu itu bertempat,diam itu hanya pada tempatnya,apabila dilontarkan kata-kata,ia membuatkn orang terpegun dengan kita.Itulah salah satu unsur Dakwah yang boleh digunakan.Sepatutnya keputusan bagi temuduga tersebut adalah 2 minggu,namun aku berjaya dipilih oleh Manager tersebut dan mendapat panggilan tawaran bekerja pada keesokannya.Alhamdulillah aku bersyukur di saat itu.Namun ada beberapa perkara yang harus aku kukuhkan iaitu dari sudut penggunaan Bahasa Inggerisku,alhamdulillah beberapa buku telah aku habiskan untuk meningkatkan kemahiranku dalam bahasa tersebut.

Lain sungguh rasanya apabila sudah menamatkan pengajian,ada beberapa perkara yang harus aku rancang dengan sebaiknya,terutama dari sudut kewanganku,alhamdulillah aku telah memulakan perniaagaan secara online sebagai pendapatan sambilanku,namun kini aku merancang untuk belajar menjahit dan membuat kek,kerana minat aku yang mendalam terhadap jubah menyebabakn aku teringin menghasilkan sendiri hasil tanganku sendri.Semoga segala cita-citaku ini akan tercapai,insyAllah.

Aku berharap agar diriku mampu menjadi muslimah yang bekerjaya agar dapat diriku menyumbang sesuatu untuk Islam.Pengurusan masa dan tenaga ku juga harus ku mulakan agar aku tidak terlalai hanya dengan urusan duniawi sahaja.

Merujuk kepada Al-Quran dan sejarah Islam, wanita boleh mempunyai kerjaya. Namun demikian, syariat masih mengikat wanita ketika melaksanakan apa jua tuntutan dalam lapangan hidup. Persoalan bekerja atau bekerjaya bukanlah persoalan yang utama. Yang menjadi utama ialah sejauhmana kerja membuahkan ibadah dan syariat dijaga. ‘Gaji’ sebenar yang lebih lumayan adalah Rahmat dan keberkatan.

Wanita dianggap berjaya dalam kerjanya apabila:

Pertama, berjaya melaksanakan kewajipan kepada Allah seperti menjaga solat, berpuasa, menutup aurat dan lain-lain kewajipan sepanjang berada di luar rumah (baca:bekerja).

Kedua, berjaya melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga dengan berkualiti.

Ketiga, berjaya apabila kerja itu dapat memberi sumbangan ke arah kebaikan masyarakat dan menghalang keburukan melalui kerjaya yang diceburi tanpa menjejaskan kualiti sumbangannya kepada institusi rumahtangga.

Inilah kedudukan wanita bekerja yang berjaya dalam Islam, iaitu yang berjaya dengan kerjanya dan membawa masuk kejayaan itu dalam persekitaran rumahtangga dan masyarakat.

1 comments:

kosmetikmurahori said...

salam ukuwah...sy nak tanye.macam mane nak singkatkan degree jd 2 1/2 tahun macam awak di ump?sy dari dip it juga...plz...bgtahu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...