Pages

Saturday, November 28, 2009

KERINDUAN DI HATI

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN



TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA
TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DI SISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI, HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN
Assalammulaikum dan salam perjuangan buat para sahabat...
Ana buka kalam ini dengan kata-kata puisi bagi mengubati rasa rindu terhadap sahabat-sahabat yang sudah sekian lama ana tidak bertemu namun ingatanku terhadap antum tetap selama-lamanya di hati ini...


Teringat saat-saat ketika hendak melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Pahang,saat berpisah dengan sahabat2 seperjuangan,adik-adik,Kamsis,Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Ungku Omar.Kesedihan di hati ini tidak dapat dibayangkan,namun setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.Namun hidup ini haruslah diteruskan,harus ku galasi sebgai pejuang agama Allah.Disinilah diriku ditarbiyah untuk menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam,disinilah daku belajar mencintai Allah dan RasulNya...Subhanallah sesungguhnya ku bersyukur kepadaMu Ya Allah.

Pelbagai mesej tazkirah dan ingatan ukhuwwah fillah dari sahabat2 di poli ku perolehi sepanjang meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan juga daie di UMP.Alhamdulillah ukhuwwah fillah itu indah sungguh ku rasakan walau tidak bertemu namun ingatan tetap hadir.Kadang-kadang kesibukan ku meneruskan kehidupanku di kampus menyebabkan diri ini terlupa hendak bertanya khabar pada adik-adik di poli dan teman seperjuangan yang bertebaran di bumi Allah.Namun ku peruntukkan masa juga untuk menghubungi terus mereka,kerana kekuatan ukhuwwah fillah berdasarkan aqidah inilah kami bertemu,merindui dan memikul beban dakwahmu ya Allah







YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Siri Srikandi Islam :Zainab Al Ghazali Al Jubaili

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Jom Muslimat Kita Beriadah

Teringat saat di zaman sekolah rendah hinggalah sekolah menengah,zaman di mana ana sangat meminati sukan.Pelbagai sukan yang ana ikuti antaranya ialah bola tampar,olahraga terutamanya acara lumba lari pecut dan jarak jauh dan bola baling.Sebut sahaja sukan olahraga,pasti akan ana ikuti latihannya pada setiap petang,kadang-kala apabila semakin tiba saatnya perlawanan di peringkat daerah dan negeri,semakin ligat diri ini berlatih bersama kawan-kawan sepasukan.Minat ini bertambah di sebabkan melihat abang-abang yang juga aktif bersukan dan seringkali membawa piala kemenangan d rumah.Sudah pasti diri ini juga tidak mahu ketinggalan.Teringat pesanan uztazah sewaktu di sekolah menengah di Kuala Lumpur,ustazah selalu berpesan pada diriku agar menjaga aurat ketika bersukan kerana dirinya tahu diriku sangat berminat dengan sukan olahraga.Alhamdulillah pesannya masih kuingat sehingga ke hari ini,alhamdulillah walaupun diriku giat bersukan aurat masih ku jaga dan akhirnya berjaya memperoleh gelaran olahragawati sekolah.Saat tersebut tidak akan kulupakan sehingga ke hari ini,alhamdulillah diri ini masih meminati sukan.Cuma,he taklah segiat dahulu kerana kekangan akademik dan aktiviti persatuan di kampus,namun apabila ada masa terluang,diriku masih beriadah juga.Minatku takkan terhenti,ayuh muslimat,jom kita bersukan!!

ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya.


Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.

Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.

Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan.

Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:


• Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
• Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan

Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.

FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah

Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”

Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)

Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)

Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)

Faedah bersenam


Individu yang kerap bersenam biasanya lebih bertenaga dan banyak stamina. Mereka tidak akan cepat penat apabila bekerja. Individu ini juga umumnya bersikap lebih positif dan optimistik.

• Secara tidak sedar, senaman adalah cara terbaik untuk anda merehatkan badan. Jika anda letih bekerja, carilah masa untuk bersenam sebagai cara mudah merehatkan badan dan fikiran.
• Mulakan kegiatan cergas anda dengan senaman yang mudah dan digemari. Jika anda malu bersendirian, lakukannya bersama rakan.
• Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit dan tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bagi wanita, senaman yang dilakukan kurang daripada 20 minit tidak akan memecahkan lemak dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
• Ubah senaman setiap hari. Maksudnya anda tidak perlu terikat dengan satu jenis senaman kerana ia akan membuatkan anda bosan dan berhenti bersenam.
• Berhenti bersenam jika anda tidak sihat. Jangan paksa diri. Bersenam ketika sakit hanya akan memburukkan keadaan. Sambung apabila anda benar-benar sembuh.


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

A tree and a boy


A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, took a nap under the shadow... He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by... the little boy had grown up and he no longer played around the tree everyday.

One day, the boy came back to the tree and he looked sad. "Come and play with me" the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I don't play around trees anymore." The boy replied, I want toys. I need money to buy them." "Sorry, but I don't have money... but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money." The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come and play with me" the tree said.
"I don't have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?"
"Sorry, but I don't have a house. But you can chop off my branches to build your house." So the boy cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the boy never came back since then. The tree was again lonely and sad.

One hot summer day, the boy returned and the tree was delighted. "Come and play with me!" the tree said. "I am sad and getting old. I want to go sailing to relax myself. "Can you give me a boat?"
"Use my truck to build your boat. You can sail far away and be happy." So the boy cut the tree truck to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the boy returned after he left for so many years. "Sorry, my boy. But I don't have anything for you anymore. No more apples for you... "the tree said. "I don't have teeth to bite" the boy replied.
"No more truck for you to climb on" "I am too old for that now" the boy said. "I really can't give you anything ... the only thing left is my dying roots" the tree said with tears. "I don't need much now, just a place to rest. I am tired after all these years." The boy replied. "Good! Old tree roots is the best place to lean on and rest." "Come, Come sit down with me and rest." The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears...

This is a story of everyone. The tree is our parents. When we were young, we loved to play with Mom and Dad... When we grown up, we left them... only came to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could to make you happy. You may think the boy is cruel to the tree but that's how all of us are treating our parent.


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

10 Golden Rules for me to Start My Day

so here are some rules that me should follow n understand n practise it huhuhu, wanna be a gud human u should have some discipline isnt ;) so here is the rules :p

1. Today I will not strike back If some one is rude, if someone is impatient, if someone is unkind I will NOT RESPOND in a like manner

2. TodayI will ask Allah to Bless MY Enemy (wah kinda hard to do ni) If i come across someone who treats me harshly or unfaily, i will quietly ask Allah to bless that individual. I understand the "enemy" could be a family member, neighbour, co worker, or a stranger.

3. Today I will be CAREful about What i Say I will carefully choose and guard my words being certain that I do not spread gossip

4. Today I will go the extra Mile I will find ways to help share the burden of another person 5. Today I will Forgive I will forgive any hurts or injuries that come my way

6. Today I will do something nice for someone, but i will do it secretly I will reach out anonymously and bless the life of another

7. Today i will treat others the way i wish to be treated I will practice the golden rule - "Do unto others as i would have them do unto me"-with everyone I encounter

8. Today I will raise the spirits of someone I discouraged My smile, my words, my expression of support can make the difference to someone who is wrestling life

9. Today I will nurture my Body I will eat less (hehehe) I will eat only healthy foods, I will thank Allah for my body 10. Today I will grow spiritually I will spend a little more time in salaah and doa today: I will begin reading something spiritual or inspirational today; I will find a quiet place (at some point during the day) and contemplate on the purpose of life!


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Salam perjuangan!! Takbir!!

Salam kepada ikhwah akhawat dan adik2... semoga berada dalam keadaan
lindungan hidayahnya...

Sedikit tazkirah buat antum:

Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya
bersama-sama. Langkahi perjalanan pagi, siang, petang dan malam, yang penuh
liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling
berpegangan tangan. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan
yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak
dapat terlepas dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengharapkan kemampuan
sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan
mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (An-Nisa
: 28)

Ikhwah, Akhawat dan adik-adik,
Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita
menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan
persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada
kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahawa hanya persahabatan di
atas dasar iman dan takwalah yang akan kekal abadi. “Teman-teman akrab pada
hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain
kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf : 67). Ibnu Kasir
mengatakan, “Seluruh persaudaran dan persahabatan yang tidak berlandaskan
kerana Allah pada hari kiamat nanti akan berubah menjadi permusuhan.” Begitu
juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya , yang menyebutkan bahawa kita akan
dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama orang yang kita cintai.


Saudaraku se-Akidahku,
Renungilah… Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling
dekat dengan kita dalam menyusuri kehidupan ini? Siapa orang yang paling
menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita?
Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?
Bayangkanlah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut
hingga di akhirat, sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Talib RA.

“Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang dari
keduanya meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari
syurga. Ketika itu ia teringat akan teman akrabnya yang masih hidup di dunia
lalu ia berdo’a : “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia
yang menasihatiku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang
mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran. Dia
juga yang menyedarkanku akan pertemuan dengan-Mu.. Ya Allah jangan Engkau
sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yang
Engku berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha
kepadaku.”

Maka Allah berkata padanya, “Pergilah. Seandainya engkau tahu yang Aku akan
berikan kepadanya, niscaya engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis.”
Sampai pada waktunya kemudian teman akrabnya itu meninggal dunia dan roh
mereka bertemu di Syurga. Allah berkata kepada mereka, “Saling memujilah
kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia
adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat…”

Alangkah indahnya!…

Pertemuan yang sangat menyanyat hati dan penuh kegembiraan. Mari kita mulai
dari sekarang. Bersahabatlah dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada
redha-Nya… InsyaAllah.

sekian


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Cerpen Di Kala Subuh Menyapa

Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.
Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Najib ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?
Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Najib pun dah tahu.
Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat.
lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya.
Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah.
Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau.
Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya.
“Dah pukul berapa kak?”
“Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.
Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang.
Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…
Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.
Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah!
Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.
Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.
Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.
“Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.
“Ya mak,” sahut ku lemah.
“Bangun solat Subuh ye nak.”
“Ha’ah,” aku patuh.
“Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu.
“Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.”


Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa…


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Tatkala hati membeku

Pernahkah kita merenung,
sudah berapa kali kita pernah menangis,
kerana takut dan mengharap
pada Allah Subhanahu wa Ta'ala,
merasa ngeri ketika ingat nerakanya,
atau terkenang dengan beratnya dosa
yang pernah kita lakukan?

Sudah berapa kali solat yang kita
kerjakan dapat kita nikmati
kerana kita mampu merenungi
makna-makna ayat-ayat Al-Qur'an yang
kita baca?
'Itu tentunya sangat susah sekali!'
mungkin itulah jawapan sebahagian dari
kita.
Pernahkah kita berfikir,
sebab mengapa sulit sekali untuk
menghampiri-Nya?
Penyebabnya tidak lain adalah bekunya
hati kita yang menyebabkan kita sulit
untuk mengalirkan air mata keinsafan
serta tidak pernah khusyuk dalam shalat.
Berikut ini adalah beberapa penyebab
kebekuan hati yang kita alami. Sehingga
kalau kita sudah mengetahui penyebabnya,
kita bisa mengubati hati kita yang sudah
terlanjur oleh pembawaan duniawi.
1. Bergaul yang tidak Berfaedah.
Kawan sebaya punya pengaruh yang
signifikan pada diri kita. Dia akan
memberikan warna dalam keperibadian kita.

Nabi shalallahu 'alaihi wassalam memberi
perumpamaan.
Teman yang tidak baik itu seperti tukang
besi, andai tidak terbakarpun, paling
kurang pun, mahu tidak mahu pasti
pendampingnya mendapatkan udara yang panas.

Manakala teman yang baik itu ibarat
penjual wangi-wangian,
semerbak harumnya turut berpindah pada
diri temannya.

Kerana itu kita harus mampu
mengendalikan diri dengan baik agar
tidak terjebak dalam pergaulan yang
tidak bermanfaat, maka hampirilah teman
yang bersosial dengan baik, seiring
kehendak Allah Ta'ala.

2. Berbicara yang tidak Perlu.
Sering sekali kita membicarakan hal-hal
yang kadang-kadang tidak ada manfaatnya,
baik untuk dunia maupun akhirat kita.
Hati-hati dengan lisan kita, salah
bicara urusannya sia-sia. Apakah kita
lupa bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala
telah memberikan lidah hanya satu dan
telinga ada dua, dengan tujuan yaitu
supaya kita lebih banyak diam untuk
mendengar daripada bicara.

Namun kita sangat sering melupakan hal
ini apalagi kalau sedang asyik
berbicara, kita lupa untuk mendengar.
Jadi perlu dijaga kata-kata agar tidak
sia-sia. Karena itu kebiasaan
bergosip/mengumpat/ghibah mesti
dikurangi sedikit-sedikit hingga
akhirnya dibuang terus.

3. Memandang Yang tidak Perlu.
Tidak mengawal pandangan akan
menimbulkan tiga akibat negatif iaitu;
terkena panahan iblis yang beracun. Oleh
kerana itu Nabi menyatakan, yang ertinya:

"Barangsiapa meninggalkan sesuatu karena
Allah maka Allah akan menggantinya
dengan yang lebih baik." (HR: Ahmad).

Syaitan masuk seiring pandangan untuk
menyalakan api syahwat. Membuat hati
lupa dan menyibukkannya sehingga
terjerumus ke dalam mengikuti hawa nafsu
dan kelalaian.

4. Berlebih-lebihan dalam Makan.
Imam Syafi'i rahimahullah mengatakan:

"Selama 16 tahun aku hanya pernah
kenyang sekali saja,
yang akhirnya kumuntahkan. Kerana
kenyang itu membuat badan terasa berat,
hati menjadi keras, kepandaian menjadi
hilang, menyebabkan ngantuk dan membuat
orang lemah dalam beribadah."
(Diwan Imam Syafi'I hal. 14).

Sehingga makan itu biarlah sekadarnya
saja, kalau bisa jangan sampai terlalu
kekenyangan. Tidak sihat dan membenihkan
kemalasan.

5. Tidur yang Berlebihan.
Cuba kita renungkan sabda Nabi
shalallahu'alaihi wa salam tentang orang
yang tidur satu malam penuh,
bangun-bangun sudah pagi terik tanpa
solat malam (dan solat subuh),

"Itulah orang yang telinganya atau kedua
telinganya dikencingi syaitan." (HR:
Bukhari dan Muslim).

6. Merendah-rendahkan kedudukan ulama.
Sedangkan Allahlah yang meninggikan
darjat orang-orang yang berilmu.

Perlecehan atau perbuatan
memburuk-burukkan orang lain amat
dibenci Allah, apalagi jika perbuatan
ini ditujukan pada orang-orang yang
berilmu yang dekat di sisi-Nya.

7. Tidak Membaca Al Qur'an dengan
Merenungi Maknanya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
yang ertinya:

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan
Al Quran
atau adakah hati mereka yang terkunci?"
(QS: Muhammad: 24).

Orang yang tidak merenungi ayat–ayat Al
Qur'an, tidak hanya satu atau dua
halangan yang mengunci hatinya. Bahkan
dalam hati tersebut terdapat banyak
penghadangnya, yang hanya dapat dibuka
satu-satu apabila kembali merenungi
maksud dan mentadabburi al-Qur'an.

8. Tidak Merenungi Kematian, Alam Kubur,
Syurga, dan Neraka.
Nabi menganjurkan kita untuk menziarahi
kubur, agar kita teringat akan akhirat.
Nabi juga memerintahkan untuk banyak
mengingat kematian yang merupakan
penamat kesenangan hidup. (HR: Abu Daud).

Mengapa? Karena mengingat mati adalah
pendorong kuat untuk beramal soleh yang
ada dalam diri orang beriman.

9. Tidak Mengkaji Kehidupan Umat
Terdahulu Yang Soleh (Sahabat dan 2
Generasi Setelahnya).
Mereka merupakan manusia terbaik yang
dekat dengan masa kenabian.

Seluruh keutamaan terkumpul dalam diri
mereka.

Lihatlah kekhusyukan mereka dalam solat,
solat malam mereka, solat berjamaah mereka,
bakti mereka kepada orang tua, zuhud
mereka,
keteguhan mereka dalam mencari ilmu, dan
sebagainya.

Siapalah kita dibandingkan mereka?
Itulah kesimpulannya.

Kerana kurang mengetahui kehidupan mereka,
maka hati kita jadi keras, sombong,
ujub, sudah merasa
cukup beramal dan berjasa besar terhadap
Islam.

Akhir kalam,
mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala
cairkan hati-hati kita yang mulai membeku
kerana Dialah yang menguasai hati-hati
hamba-Nya.


Wallahu'alam.


Read more...

Friday, November 27, 2009

Jom Muslimat!!Ayuh kita bangkit!

Sekadar perkongsian bersama,jom muslimat mari kita bersama-sama melangkah ke arah menjadikan diri ini sebagai serikandi gerakan muslimat muda,cabar diri sendiri,berdikarilah dan perlengkapkan dirimu dengan pelbagai kemahiran.

Salam buat semua penggerak,

Dari meja Timbalan Pengerusi SIGMA 09/10.


Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.
Kepimpinan SIGMA mengajak seluruh mahasisiwi di kampus bersama-sama optimis
menggalas 3 agenda utama dalam orentasi SIGMA.

1) Pemerkasaan mahasiswi dalam gerakan
2) Mendepani isu wanita nasional dan global
3) Membina pelapis pemimpin wanita masa depan.

Pemerkasaan mahasiswi dalam gerakan-‘TRIPPLE P’

Kepimpinan SIGMA memandang serius soal pembinaan fardi muslimah.Supaya disana akan hadir seorang muslimah yang kompeten, akan berdiri seorang muslimah yang ada integrity, akan beraksi seorang muslimah membincangkan soal ummah, seorang muslimah yang tegar berdiri bersama susah dan senang perjuangan ini. Akan ada disana muslimat yang kaya dengan idea segar dan asli.Justeru, SIGMA pada kepimpinan ini secara teliti dan sepakat menggariskan ‘TRIPPLE P’ sebagai pengisian asasi kepada pembinaan mahasiswi di peringkat kampus.

P- Peka Isu

Dalam satu wawancara, seorang wartawan bertanya kepada Prof Dr Atan Long berhubung tujuan seorang pelajar belajar, beliau menjelaskan :
“ .. membina perkembangan diri seorang individu supaya dia menjadi manusia yang mantap untuk bukan sahaja bagi faedah dirinya, malahan kepada masyarakat. Menjadi manusia mantap ini termasuklah dari segi fizikal, mental, kerohanian dan akademik.

Ringkasnya, mahasiswa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Hubungan antara keduanya dijalinkan dengan isu-isu yang melanda saban waktu. Semakin banyak isu, semakin dekat mahasiswa dengan masyarakat. Namun, jika mahasiswa menyepikan diri dari membicarakan isu-isu ini, mahasiswa hanya akan tinggal nama sahaja !
Generasi peka isu adalah generasi yang hidup mata,telinganya untuk keadaan ummah sekeliling diri beliau.

Adalah besar harapan kepimpinan SIGMA untuk sama-sama kita menjiwai elemen ini.Justeru SIGMA mendokong hasrat untuk melahirkan mahasiswi yang peka isu, cakna sekitar dalam kehidupan sebagai mahasiswi dan anggota masyarakat Keprihatinan terhadap hal ehwal sekeliling dapat melatih mahasiswi untuk lebih proaktif, bertanggungjawab dan responsif dan sekaligus telah menerapkan elemen ‘jiwa rakyat’ dalam keperibadian mahasiswi.

P- Public speaking

Firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah kepada Allah jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terlebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.
Kemahiran menyampaikan idea, menerangkan maklumat dan mempengaruhi pendengar antara elemen –elemen penting dalam tingkat public speaking. Kepimpinan SIGMA akan duduk semeja dengan kepimpinan muslimat kampus (lapisan yang paling hampir dan paling memahami mahasiswi kampus masing-masing) seluruh Malaysia untuk memikirkan methode-methode, melakukan siri-siri brainstorming tentang ‘tipping point’ program untuk membumikan lagi elemen ini kepada mahasiswi.

Impian SIGMA, kita akan zahirkan icon-icon public speaking dan sampaikan ‘suara’ mereka di kampus dan juga peringkat nasional. Biar bergegar pentas mahasiswa dengan suara-suara mahasiswi memberikan pendapat,idea yang segar dan hujah-hujah ilmiah tanpa emosi,insyaALLAH.

P- Public relation

Dakwah Islam satu usaha yang mulia, keperluannya bagi manusia tidak boleh ditangguhkan–tangguhkan.Tetapi,usaha tersebut memerlukan satu tahap kesungguhan dan keikhlasan yang tinggi.Dengan itu, dakwah perlu di atur
dengan teliti dan dengan strategi yang baik.
Bagi SIGMA, PUBLIC relation perlu disemai dan dibina pada peringkat awal pembinaan mahasiswi lagi. Mahasiswi di kampus lazimnya dikaitkan dengan golongan yang paling kurang bergaul dengan massa dan masyarakat.Oleh yang demikian, kepimpinan memandang, Public relation perlu diserap dalam pembinaan mahasiswi ssebagai persediaan mendepani masyarakat yang terdiri dari pelbagai karektor dan lapisan .

Dari SIGMA kelapangan ummah

SIGMA bersedia untuk membawa pendapat,pandangan mahasiswi dalam menyatakan pendirian terhadap isu-isu ummah dan sedikit keutamaan pada isu wanita. SIGMA akan tampil sebagai intelek muda yang mampu mengkritik, menyesali,dan seterusnya menerjah kebiasaan dengan member alternatif penyelesaian melalui idea-idea yang asli dan praktikal.

SIGMA harapan memimpin generasi

Sebenarnya angkatan Islam mengistiharkan saban waktu bahawa seseorang muslim itu mestilah menjadi pimpinan dalam segenap perkara. Mereka tidak berpuas hati selagi tidak dapat memimpin, bekerja, dan berjuang serta mendahului orang lain dalam setiap urusan, sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan, kekuatan, kesihatan, dan juga kekayaan. Dan seruan inilah yang SIGMA akan laungkan, sebarkan,sampaikan kepada semua mahasiswi.
SIGMA positif dan serius untuk usaha-usaha pembinaan mata rantai pemimpin dan amilin yang professional.

Seorang penyair pernah berkata , “ Ibu adalah madrasah. Bila engkau mempersiapkannya, maka engkau telah mempersiapkan bangsa yang mulia”.

MUSLIMAT POWER!POWER!POWER!

Di ammbil dari :http://siraj-islamie.blogspot.com


Read more...

MUSLIMAT POWER!!MP3!!POWER3

PENDAHULUAN

Ketokohan Saidatina Khadijah dijadikan sumber inspirasi dalam perjuangan, keilmuan Siti Aisyah dijadikan pembakar semangat untuk mengusai ilmu, kemuliaan Rabiatul Adawiyah dijadikan pedoman untuk sentiasa menjiwai sifat kehambaan dan ketabahan Sumaiyyah dijadikan ikutan untuk tegar menghadapi cabaran dan rintangan.

Barisan Serikandi Agung Islam inilah pencetus kepada perubahan dan kebangkitan muslimat muda untuk memperjuangkan ummah. Tekadnya, akan lahir pada abad ini dengan wajah kini, semangat yang baru dan versi yang semasa barisan pewaris kepada Serikandi Agung Islam silam.

Asasnya, muslimat muda yakin dengan matlamatnya maka perlu terus bergerak. Pokoknya, muslimat muda jelas akan peranannya maka perjuangan ini diteruskan dalam apa jua keadaan dan keupayaan. Biar bertatih mahupun berlari muslimat muda akan terus melangkah membawa misi ummah.

Muslimat muda yang entitinya adalah intelektual dan aktivis, akan lebih berjiwa besar seterusnya memandang maslahah ummah pada hari ini sebagai ’core business’. Memanfaatkan seoptima mungkin ruang dan peluang yang ada, muslimat muda akan membina diri, membela ummah dan memartabatkan Islam.

Justeru, membawa idealisma dan gerakan yang berteraskan Islam yang tulen menjadi tunjang muslimat muda dalam usahanya untuk mengislahkan ummah ke arah kema’rufan dan ketamadunan dari aspek akhlak, budaya dan fikrah.


RASIONAL

Pandangan masyarakat terhadap kedudukan wanita perlu diperbetulkan. Penjelasan mengenai hak wanita menurut pandangan Islam perlu diberikan penjelasan dengan sebaiknya agar idealisma gerakan-gerakan yang sering menyalah tafsirkan ayat al-Quran dan hadith ini dapat diperbetulkan dan dihapuskan.

Islam tidak pernah sekali-kali merendahkan kedudukan wanita, malah Islam telah meletakkan wanita ini pada tempat yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemampuan kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai gerakan muslimat muda. Dengan mengambil semangat gagasan MP3, laungan slogan MP3 akan sentiasa menemani kita dalam melakukan perubahan pada masyarakat.

Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad s.a.w banyak menyebut tentang wanita, kepimpinan dan keteladanannya. Islam telah membela hak dan memuliakan wanita sama dengan kaum lelaki. Islam memberi hak untuk wanita menuntut ilmu, beramal ibadah, berusaha, berkhidmat dan berganding bahu bersama kaum lelaki sesuai dengan aturan dan nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Pada hari ini, masyarakat dihidangkan dengan pelbagai cabaran yang kadang-kadang menggugah Islam itu sendiri. Fahaman kebebasan yang dipelopori oleh wanita barat yang beranggapan bahawa kebebasan itu ialah kebebasan melakukan apa sahaja mengikut kehendak hawa nafsu mereka. Fahaman ini telah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi wanita Islam dan tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan perjuangan tersebut yang menuntut kebebasan dan hak yang sama rata dengan kaum lelaki.

Malahan ada yang sanggup mengatakan bahawa agama Islam adalah penghalang gerakan wanita dalam memanfaatkan potensi mereka bagi usaha pembangunan. Atas nama kemajuan dan pemodenan, banyak wanita Islam terus menerima pemikiran ini dan mempraktikkan budaya dan nilai hidup bebas sehingga mengabaikan peranan-peranan yang telah dikhususkan kepada mereka dan mencemarkan nilai kewanitaan yang ada pada mereka.

Muslimat memiliki peranan besar dalam membentuk masyarakat. Ini kerana awal pertumbuhan dan perkembangan sesuatu generasi berada di bawah asuhan dan didikan kita. Bagaimanapun dalam bidang kepimpinan tertinggi sesuatu bangsa atau negara, wanita Islam tidak diberikan hak untuk memegang jawatan tersebut. Ini bukanlah kerana taraf wanita itu dianggap lebih rendah daripada lelaki, tetapi kerana wanita secara tabi`inya mempunyai jiwa yang lembut dan emosi yang mudah mempengaruhi.

Meskipun muslimat tidak boleh memikul beban jawatan yang berat dalam mentadbir negara (imamat), tidak bermakna kita tidak berupaya memegang jawatan atau tanggungjawab lain yang tidak kurang pentingnya dalam membangun bangsa dan negara. Kitalah jurubicara ummah.

Suara-suara muslimat memberikan pendapat dan pandangan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa sudah mula didengar dan kemampuan wanita menerajui pelbagai profesion telah diperakui dan setanding dengan kaum lelaki. Ini membuktikan bahawa wanita juga mempunyai kewibawaan dalam memberikan sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara.

Tinggalkan dahulu kenangan lama kita yang lebih suka bergerak kerja di belakang tabir kerana pada hari ini kita akan melakukan satu perubahan dalam gerakan bagi merubah masyarakat.Cukup-cukuplah kita menjadi pendengar dan penonton kepada gerakan feminisme seperti Sister in Islam (SIS) yang tegar memperjuangkan ISU gender dan kesamarataan antara hak wanita dan lelaki.

Jati diri wanita Islam yang telah turut tercalar dengan pengaruh perjuangan gender ala barat ini memerlukan perhatian masyarakat umat Islam untuk dibanteras sama sekali agar fahaman dan ideologi ini tidak terus-terusan menyesatkan masyarakat kita.

Maka, Srikandi Gerakan Muslimat Muda perlu bangkit untuk memainkan peranan dan tangunggjawab kita terhadap masyarakat. Dengan semangat sepasukan yang digembelengkan bersama bisa melahirkan satu gerakan yang berwibawa dan kental dalam menghadapi kritikan dan pandangan umum terhadap mahasiswi.

Biar tohmahan dan cacian yang dilemparkan, namun kita akan tetap terus memandang ke hadapan dan meneruskan langkah perjuangan kerana kita sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat. Abaikan sebentar pandangan rendah mereka terhadap kita, tapi sahutlah ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih berhati-hati dalam menyusun gerak langkah agar gerakan kita tidak nampak kalut dan lemah.

Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam. Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah. Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah. Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar . Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah .

Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya . Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .

Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skema amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah .


KERTAS KERJA HALATUJU SIGMA
Dipetik dari :http://sigmakini.blogspot.com

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Sekadar Coretan Di Hati

Say what you want to say when you have the
time, tomorrow maybe one day late. Our deepest regrets
are words unsaid and things undone.


Assalammualaikum dan salam perjuangan buat sahabat-sahabat seperjuagan yang dirahmati Allah..

Allhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan nafas untuk hidup di muka bumimu lantas mengingatkan ku tenatng KebesaranMu Ya Allah...

hmmm...baru-baru ni baru start mula buat blog...baru ada peluang nak buat..he bz aje sblum ni..alhamdulilllah dah masuk cuti semester ni..berada di rumah..sem depan adalah semester terakhirku di Universiti Malaysia Pahang...insyAllah..moga dipermudahkan urusan..cuti ini harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..plan nak start buat development PSM 2..wah dah masuk tahun akhir...semoga kekangn akademik tidak menyebabkan dri ini untuk lalai dlm mnjlnkan tugas sebgai dai'e...

trip for indusrtial visit under faculty ke singapore dah di tunda ke bulan january atau february tahun depan.ada hikmah..ada hikmah..ana pun rasa tidak bersedia untuk bentang projek ana di sana..teringat pula saat2 nak kena interview dengan pensyarah sewaktu pemilihan pelajar untuk lawatan akademik dan industri di singapura..kawan yang ajak..saje mencuba..lagipun peluang ada haruslah di ambil..ke arah melangkah mukmin professional..azam dan tekadku di dalam hati...
alhamdulillah terpilih...tp haruslah berusaha dengan lebih gigih lagi sebelum ke sana






Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Kata-kata Hikmah

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu
perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia
melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kpd para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, ttp aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu
maka berilah pertolongan kpdku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku ttp kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan
perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami
di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat
dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-
sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad
SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan
kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan
untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan
bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu
diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu
sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak
diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya
dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada
kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan
kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di
dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar
pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat.

IMAM AS SYAFIE :

1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan
kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan
keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua,
sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk
mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal
segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5. Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan
maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.

IMAM MALIK :

1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu
adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran,
ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH :

1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku
Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang
pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak kudapati
seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang
menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada
yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila
dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah
perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia
daripada seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD :

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di
atas ilmunya.



SUFFIAN BIN UYAINAH :

1. Dua perkara yg susah sekali utk mengobatinya yaitu meninggalkan
loba (tamak) utk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.

2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.

3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan
mati.

4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi
mudarat padamu.

5. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal
hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.


Read more...

Mesti kuat semangat!

“Jie… nak tanya…”
i
“Ye?”
i
“Kalau jie rasa sedih jie buat apa?”
i
“Buat benda yang jie rasa happy.”
i
“Kalau bosan?”
i
“Buat benda yang jie suka.” Dialog ringkas antara saya dengan seorang kenalan alam maya.
i
Pernah tak orang tanya soalan macam ni? Sometimes bila banyak kerja, kita akan merungut banyak perkara nak kena settle, tak cukup masa, penat, tension, serabut, macam-macam nak kena fikir. Bila takde kerja, banyak masa lapang, jadi tak tau nak buat apa pulak. Er, saya pun termasuk dalam kategori ni. Adeh…
i
Sebenarnya, semuanya bergantung pada diri sendiri. Kalau sedih, jangan layan sangat rasa sedih tu. Maksud saya, jangan layan rasa lemah, sebab kita sebenarnya cukup kuat untuk menghadapi segala masalah yang ada. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita pikul. Yakin, tu je. Saya pun kadang-kadang down jugak. Biasalah manusia. Tapi, kalau lari dari masalah, sampai bila pun takkan selesai. Kan?
i
“Apa yang jie buat?” tanyanya.
i
“Hm..apa ye? Kongsi dengan kawan, mungkin ada yang boleh bantu. Makan coklat, release tension. Huhu… Menulis pun satu terapi yang bagus, kalau tak nak cerita kat orang la.” Kalau yang suka tulis diari atau…tulis kat mana-mana jelah.




“Jiwa perempuan ni lemah, kan? Mudah menangis. Macam saya la…” dia menyambung.
i
“Of course kita kuat, my dear. Jangan mengaku lemah, jangan rasa lemah. Tak salah pun nak menangis. Boleh hilangkan tension, sedih dan serabut. Keluarkan je, jangan pendam.” Saya membalas. Menangis bukan simbol kelemahan. Orang yang gembira, terharu, bersyukur, pun menangis.
i
Saya tak berhasrat untuk menceritakan kisahnya di sini. Cuma, apa yang ingin saya kongsi, jangan mudah berputus asa. Mesti kuat semangat! Kesusahan sebenarnya mengajar kita untuk menjadi kuat, cekal, dan tabah. Anggap itu adalah satu proses untuk mematangkan diri kita. Proses ini sentiasa berterusan untuk kita mencapai level seterusnya dalam hidup. Next stage must be tougher than before.
i
Seperkara lagi yang kita perlu sedar, masalah atau ujian yang kita lalui, semuanya dari Allah. Selain ujian keimanan, Allah menjadikan masalah dalam hidup kita sebagai kifarah dosa.
i
Setiap orang melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza walau dari kacamata yang sama. Ada orang melihat masalah sebagai satu musibah, sebagai satu bebanan, dari sudut yang negatif. Sebaliknya ada orang melihat masalah sebagai satu peluang, satu jalan untuk maju setapak ke hadapan, untuk menjadi lebih matang, dari sudut yang positif. Pilihan ada di tangan kita.

i
Bersabar, dan terus bersabar. Insyaallah, ada ganjaran di sisi-Nya. Pesan saya pada diri, “Jie, mesti kuat semangat!” {]=)
i

"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian...
Allah memberi kedewasaan bila ada masalah...
Allah melatih kesabaran dalam kesakitan...
Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang
kecuali dengan menggantikan yang lebih baik..."

dipetik dari :http://sufygirl.blogspot.com/

Ikhlas Dariku,serikandi islam

dila


Read more...

Fathimah az-zahra rha dan Gilingan Gandum

Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui anakdanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya pada anakdanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakda menangis". Lalu duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi anakdanya.


Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakdanya ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w. mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakdanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah s.a.w. berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah s.w.t.", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah s.w.t. yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah s.a.w. , demi Allah s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan Baginda s.a.w. dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah Baginda s.a.w. menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah s.w.t.suatu ayat yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w. kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anakdanya, "Jika Allah s.w.t. menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah s.w.t. menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah s.w.t. menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat".

"Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah s.w.t. menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah s.w.t. akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat".

"Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa ridha suami itu daripada Allah s.w.t. dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah s.w.t.?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah s.w.t. mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah s.w.t. akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat."

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah s.w.t. akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah s.w.t. untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah s.w.t. akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah 'amalmu maka Allah s.w.t. telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah s.w.t. akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah s.w.t. akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".


Ikhlas Dariku,serikandi islam

dila


Read more...

Thursday, November 26, 2009

Terkenang kehidupan di bumi Politeknik Ungku Omar Tercinta

Berlaku pada December 23rd, 2007

“ Sayangi sebuah
PERKENALAN kerana di situ terciptanya KEMESRAAN, Kenangi sebuah PERHUBUNGAN
kerana di situ terciptanya KERINDUAN, hargai KEDUA-DUANYA kerana itulah RAHMAT
dari TUHAN ”

Kawan yang baik,
apabila kamu melihatnya teringat ALLAH, apabila mendengar percakapannya
menambah kefahaman agama dan apabila melihat gerak-gerinya teringat akan mati…

aNA buka kalam ini dengan kata2 hikmah tersebut…alhamdulillah semalam ana pergi klcc,ada program JEJAK KASIH..program ni dianjurkan oleh alumni PUO kmi..iaitu bekas2 cnior kami..semuanya muslimat sahja..kmi berkelah di taman klcc…semuanya trdiri daripda bekas exco asrama POLITEKNIK UNGKU OMAR dan PERSATUAN SISWA SISWI ISLAM POLITEKNIK UNGKU OMAR..pertemuan yang cukup Bermakna terumtanya kepada kmi adik2 yang masih ada di PUO…memberikan kami kekuatn untuk mneruskan perjuangn dakwah di bumi Islam PUO….pertemuan tsebut dimulakan dengn sesi taaruf dan makan2…selepas je program tu..kami semua konvoi beramai2 ke rumah akhi zubir di klang..iaiti Bekas Presiden Persatuan Siswa Siswi Islam PUO..dia mndapat kemalangan…dlm perjalanan kesana..brhenti di stesyen minyak…scara tak sengjanya…kaki ana brada dibwah tayar…kak fiza tk sedar ana brada dluar pntu…hu sakit jgala….hnya Allah yng thu…dlm kreta kaki kna urut dngn along fara…terima kasih ye kak,hehe cayang akak(",)…dlm kreta mcm2 yang along critakan pnglaman sepanjgn berada di PUO…hmmm… aku brsa bgitu brsemgnt…ingn mnruskan perjuangn…tak sar rsanya nk tnggu buka semester bru…dngn keazaman baru…nk sebarkn Islam….

DeMaM…..

December 24th, 2007 by dielanyer

Hari ni 25 Disember…27 ni aku balik Ipoh,ada perkara yng perlu aku lakukn di Ipoh….dah dua hari demam…hri ni tak lrat rsanya…yA Allah..berilah hambamu ini kekuatan…14 Januari dah start Minggu Suai Kenal Pelajar Politeknik Ungku Omar…banyk perkara yang perlu dirancang n dilaksanakan…untuk semester akan datang yang merupakan semester terakhir bagi aku di PUO….hmmm….semogA BI’AH Islam di bumi PUO kan brsinar selamnya…doaku…moga kmi mnggalkan adik2 yang mampu mnjadi pelapis kami….sekejap lgi nk pergi mlawat kawan…dah lma sangt aku tk jumpa dia,kwan baik aku…Farah Diba N syuhada..apa khbar agaknya mreka…hidup ini perlu diteruskan…


DeMaM…..tiga Hari brturut2..

December 25th, 2007 by dielanyer

“Jika qada takdir itu
daripada perkara yang Tuhan timpakan untuk menguji seseorang, seperti kematian
orang dikasihi, kehilangan harta benda dan kegagalan untuk mencapai sesuatu
maksud, maka selain menerima qada takdir itu dengan perasaan tenang tenteram,
wajiblah orang itu bersabar sambil melafaz dan mentahqiqkan ke dalam jiwanya,
ertinya: “Sesungguhnya kita datang daripada Allah dan kepada-Nya jugalah kita
kembali.” (Ayat 156, surah al-Baqarah)

Dalam hadis Usamah bin Zaid yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang
antara maksudnya:

“Apabila seseorang menghadapi sesuatu qada takdir yang tidak disukai oleh
perasaan dan nafsunya, maka hendaklah dia bersabar dan berharap mendapat pahala
daripada Allah.

“Perkara ini kerana segala-galanya adalah hak milik Allah, sama ada yang
diambil atau diberinya, lagi pula Tuhan telah tetapkan bagi tiap-tiap sesuatu:
Masanya dan cara berlakunya, serta hendaklah mencari seberapa yang boleh jalan
keluar dengan mana-mana satu qadar takdir yang ditentukan Tuhan untuk berbuat
demikian, dan jangan sekali-kali berdiam diri saja.

“Jangan pula merungut dengan berkata: “Kalaulah aku lakukan anu, anu tentulah
tidak terjadi apa yang telah berlaku ini"; kerana perkataan ‘kalau’ pada
perkara yang sudah berlaku tidak ada gunanya untuk menentang perkara yang telah
terjadi itu.

“Dan perangai berdiam diri serta rungutan yang disebut itu adalah sikap orang
yang penyegan dan pemalas, pada hal sikap segan dan malas mengenai perkara yang
boleh diusahakan adalah satu sikap yang dibenci oleh Allah dan rasul-Nya.

“Bahkan kata-kata rungutan itu, mengandungi pengertian bahawa qadar takdir yang
ditentukan Tuhan berlakunya, bolehlah dihalangi oleh satu-satu cara yang
difikirkan oleh manusia."

Ana buka kisah hari ini dengan ayat Al-Quran serta sirah….hari ini hari ketiga ana demam,takla teruk sangt,cuma badan rsa panas,batuk2,selsema…pagi td pkul 10 pagi pergi ke klinik kesihatan,alhamdulillah…dah pergi jumpa doktor,ambil ubat,disebabkn demam ana dah tiga hari,maka doktor cadangkan ana ambil darah,takut ada demam denggi…hu pergilah kt makmal,ambil darah…dahla nurse salah urat,2 kali pula tu cucuk salah..hu ana ni pnakut skit bab2 darah ni..msa kna ambil darah tu ana pndang tmpat lain…tkut ana pngsan pla tengk darah..hehe..lepastu pergi hospital,kna cek darah ana tu,alhamdulillah dah dapt kputusannya..ujian darah ana okay,tk de denggi..ya Allah…kupnjtkn kesyukuran…anapun ada tugas2 yang blum diselesaikan..esok dh kna balik Ipoh,ada program di sana..ada tugas yang perlu ana buat…hu nasihat ana kpd dri ini trlbih dahulun sahabat2 yang lain,sntiasalah jaga kesihatan…antum sangt diperlukan untk mlakukan amal islami,kesihatan itu sangt pnting,terutamanya kepd kita yang muda ini…

Without you
Im nobody
Tanpa Mu
Aku tiada sapa
Aku sgt kerdil Aku insan Hina
Lebih kerdil dari semut

Keredhanmu membuatkan aku tidak akan terus
menjadi hina

Betapa besarnya Kuasa Mu
Membuatkan ku takut
Takut dengan keagonganmu
Nur Mu kuperlukannya
Subahanallah

Tanpanya Aku Gelap tanpa Cahaya
Hati Resah Gelisah
Memikirkan perihal hidup di dunia
perihal masa akan datang
perihal rezeki yg ada
membuatkan bingung

Dengan Nur Mu
Aku Bersinar sedikit demi sedikit
Ya Allah bantulah hambamu ini
Yang amat perlukan bantuanMu
Berikanlah aku cinta yg suci cinta yg berlandaskan lillahitalla dan bukan
kerana kesian mahupun terpaksa cinta yg luhur dan ikhlas dan murni semata2
kerana mu Ya Allah mudahkan lah uruskan berkati lah kehidupan ku

Berikanlah kasih sayangmu….Kasih sayangMu
mmg sering wujud, cuma aku lupa dan engkar

ampunkan Aku
Aku perlukan Redha Mu
Nur Mu
Subhanallah
Lahaulawalaquawataillabillahilazim
Laillahaillaantasubhanakainnikuntuminalzalimin
Ameen

Mereka dalam keadaan gembira
disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang
hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul
mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka
bersedih hati. Al-i’Imran :: 170

1_320696471l




kEpUTUsAN pEPeriksaAN FINAL

January 7th, 2008 by dielanyer

Alhamdulillah…hari ini 7hb Januari 2008..akhirnya keluar keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar Politeknik Ungku Omar bagi sesi Julai 2007…sekali lagi ana memanjatkan kesyukuran yng tdak terhingga kepada Allah S.W.T kerana mbrikan ana result sbgini rupa…mmg tdak dsangka….kerana kesibukan yng ana lalui sepnjang semester lepas sudah ckup memberikn debaran dhati untuk mmeriksa kputusan exam sewaktu pagi td…ana memperolehi PNM 3.76(Purata Nilai Markah)..HPNM 3.68(Himpunan Purata Nilai Markah)…masih lgi memperolehi anugerah Ketua Jabatan sebgaimana semester2 lepas…alhamdulillah…mmg betul…sewaktu ana mula2 jd exco asrama PUO…seringkali di dalam usrah dn di dalam mesyuarat..kakak2 dn abang2 sentiasa ckap….study bkn nmbor satu dan jga bkan nmbor dua sbgaimana dakwah…dakwah dn stdy perlu jlan seiring..memg betul!!!….segala2nya trpulang kpda dri kita untuk mnguruskannya…pengurusan masa sngtlah pnting…ttp yng plng pntng ialah kberkatan dari Allah dalam hdup kita….jngn kita cri alasan untuk mngelakkan dri mbuat kerja2 Islam…kuatkn lah hubungn dngn Allah..pnah suatu masa…ana rsa bgitu lemah..tk terdaya rsanya…tika itu..segeralah kmbalilah kpda Allah…dsitu ada kekuatannya…..ana fikir…sem lepas…mnghadri meeting adhock..kdgkala smpai pkul 2 pagi….tp…jngn kita mrungut…ini semua demi Islam yang tcinta…apalah sngt itu berbndg dengn ujian yang dhadapi oleh Rasulullah dan sahabat…Ya Allah…semoga ana tidak futhur di jalan ini Ya Allah…moga hatiku tetap di jalanNya yng benar…hmm…tak sempt nk tnya kputusan anak2 usrah…krdit hbis…ana prlu usahakn untuk brtanya kepda mreka….semoga bi’ah Islam sentiasa bersinar di bumi Politeknik Ungku Omar….


BaLik Ipoh

January 9th, 2008 by dielanyer

akhirnya setelah bercuti di rumah,hari ini ana perlu pulang ke ipoh..hu rndunya pada sahabat2 semua..apa khbarkah mreka?..semalam dah pergi kl sentral dngn kakak,selesai pnghntran motor mnggunakan kaedah pos laju ke ipoh..hu mnta tolong classmate ana hntar motor tu ke kl sentral,ana tak tahu jalan lgipun,insyAllah dalam 2,3 hari ni smpailah motor ke ipoh..result pun ana dah hntar ke pjbat PERKESO..InsyAllah lagi 2 mnggu samapailah cek pinjaman…16/01/2008..bermula minggu suai kenal..ana perlu pulang cepat agar prncangan bgi prsediaan mnhgdapi mnggu trsebut…tdipun ada seorg sahbat dah kol…ingtkan gerak kerja..trima kasih(",)…tiket jap lagi pkul 6.30 ptg…em esok pagi boleh kumpulkan AJK- PSSI..tak sbar nk jumpa adik2 baru…rindunya!!

sAMBung bElajar lagi

July 14th, 2008 by dielanyer

Assalammualaikum…
aaaaaa…lama juga tak tengok friendster..sbuk kt kg…baru je hbis knduri kahwin abg..alhamdulillah..kebetulan pda hri yang sama abg bernikah..kakak bersalin ank kedua…alhadulillah..rezeki… mcm biasa lepas je hbis bljar di PUO…disebabkan tak dapa twaran IPTA…tunggu je keputusan rayuan IPTA..tak tau dpat ke tak…dalam msa yng sma result exam final keluar..alhamdulillah HPNM 3.64..still dean’s list..alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran..kepadA Allah…..baru-baru ni result rayuan IPTA dah keluar..alhamdulillah dapat sambung beljar kt Universti Malaysia Pahang,Sains Komputer majoring in software engineering….hehe yang bestnya..dapat lompat ke tahun 2 coz result atas 3.30…pihak UMP yang kol bgtau…
ni nak balik ipoh jap ..nk jumpa sahabiah2 n adikk2 usrah..huhuhu rindunya kt mreka…sebelum sambung ni nk g jmpa dulu..khamis ni daftar dah….lma tak join usrah dah ni..hti pun rsa sunyi semacam…ila tak dapat tarbiyyah…ya Allah kau berilah kekuatan pada hamba mu ini…

my life

February 7th, 2008 by dielanyer

hari ni 7hb Februari 2008…tarikh akhir untuk apply UPU…huhu..alhamdulillah dah apply…ana pilih UPM,UKM,UITM and UM…hopefully dapat UPM dalam kos Software Engineering…em esok balik ipoh dah…hmm….banyk nak kna setup balik…final projek lgi…sistem bagi Politeknik Ungku Omar,projek yang dicadangkan sendiri oleh pegawai latihan dan lanjutan Politeknik Ungku Omar,,Encik Victor…pnyelia kami Encik Vishnu mmg harap sangt kmi berjya buat sistem trsebut..tp susah jga tu…huhuhu chayok2….semoga hsil kjsama team dpt mnghasilkan suatu sistem yang mngkin boleh dgunakan di poli nanti…hari ahad ni ada bengkel Nuqaba’…semoga berjalan lancar…bulan 2 n 3 ni memg takwim pack dengn program2 islamic..dicampur dngn program2 dluar..ceramah…ana kna setup balik jadual waktu ana..ana sukakan cabaran…kwan2 kelas suka tanya..tak sbuk ke?camana nk bhagikan masa?ana senyum…Ana letakkan keyakinan yang tnggi dengn bantuan Allah…tp jngn lupa?usaha juga kena kuat,jngn bgantung sahaja….urself dlu?kna usaha bersungguh2 buat yang terbaik…doa kpa Allah..semoga dipermudahkan urusan kehidupan kita…msa mudalah nilah kita kna sibuk beramal….supaya tak dilalaikan dngn pkara2 yng lagha…sprti cinta..itu semua ujian…hmm..kna bermujahadah….teringt kata2 naqibah ana dlu yng pnah mbwa ana ke arah jalan pjuangan ini,pesannya…tarbiyyah adik2 kita/mad’u dengn islam bkn dngn organisasi islam dll trlbih dahulu krana suasana kami di poli studentnya bkan dari sekolah agama..didik adik2 dengn ilmu agama..agra] imannya tetap dn semakin brtambah…maka apbla dcampakkan kmana2 insyAllah ia akn mnjdi permta yng brsinar di celah2han



Ikhlas Dariku,serikandi islam
dila


Read more...

Dakwah Dan Kelembutan

Ustaz Umar
Tilmisani rahimahullah berkata:
“Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran
yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi.

Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau
mengguris hati ikhwah.”

“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”

“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan
diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”

“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa
ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan.
Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”

Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar
di bibir.
Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka
perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang.

Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang
menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”

Di kala ambang peperiksaan makin menggundahkan hati dan perasaan kita, emosi
dan jiwa seseorang itu sememangnya mudah terusik dan terguris. Maklum dengan
suasana getir dan tegang di kala peperiksaan menyebabkan hati menjadi sedikit
keras dan statik.

Syaitan akan lebih mudah untuk meniup rasa dengki dan nafsu amarah akan makin
membuak-buak api kemarahannya dimangkin oleh hasutan syaitan.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk menghadapi perasaan marah ini
berdasarkan hadith dari Sulaiman Bin Shurad:

“Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling
bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu
telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah
s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila
diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya,
yaitu andaikata ia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithanir rajim,”
tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.

Orang-orang lalu berkata padanya -wahai orang yang merah padam mukanya tadi:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari
syaitan yang direjam.” (Muttafaq ‘alaih)

Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
“Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat
mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya
tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada
berasa marah.”

Allah turut berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 134:

"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang
maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan
(kesalahan) orang.
Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

Sememangnya menjadi suatu signifikan buat kita para daie untuk mengikis sifat
marah dan memupuk serta menyemai subur sikap lemah lembut dalam diri.

Menjadi suatu bekalan yang sangat penting buat kita dalam jalan yang penuh
dengan liku-liku ini di mana, sifat lemah lembut mampu untuk menarik manusia
kembali kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap yang lemah-lembut
dalam segala perkara.” (Muttafaq ‘alaih)

Allah turut berfirman dalam Surah Furqan,63:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan
di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,
mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (iaitu mereka
mengucapkan salam)"

Jelas di sini bahawa kita perlu bersikap lemah lembut dalam semua perkara.

Hatta khudwah hasanah kita yang kita junjungi, Rasulullah SAW sentiasa bersikap
lemah lembut. Baginda mungkin pernah bersikap tegas, tetapi semuanya dengan
nada yang lembut dan sangat menyentuh hati.

Perlu kita ingatkan bahawa dalam kita sibuk megejar manusia , adakah kita telah
bersikap lemah lembut dalam teknik dakwah kita? Mungkinkah teguran kita terlalu
tegas?

Adakalanya, mungkin difikirkan bahawa kata-kata yang diucapkan adalah
bersesuaian dan menepati situasi,

namun,

setiap manusia mempunyai perasaan yang berlainan. Seseorang itu mungkin mudah
terusik atau terguris walaupun kata-kata yang diucapkan langsung tidak
mempunyai unsure-unsur kasar mahupun kata-kata tajam yang mampu menusuk jiwa.

Seringkali dirasakan bahawa kata-kata yang diucapakan seolah-olah kata-kata
yang biasa atau madah nasihat yang mudah untuk diterima. Namun, persoalannya,
adakah kita pernah terfikir dengan perasaan orang tersebut.

Semangat kita yang tinggi mungkin secara tidak sengaja boleh menorah luka
perasaan di jiwa ikhwah yang lain.

Maka berhati-hatilah dalam usaha kita untuk menegur, malah di kalangan ikhwah
sendiri. Jangan semangat yang menjulang tinggi menyebabkan kita kabur terhadap
perasaan ikhwah di sekeliling.

Malah Syed Qutb pernah berkata:
“Kita menyeru dan memerangi manusia dengan kasih sayang dan lemah lembut.
Nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan.”

Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat
tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah.

Impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan
menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah. Rasulullah bersabda:
“Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan
menyebabkan orang lari.” (Muttafaq ‘alaih)

jadikan ia sebati dalam diri supaya berkat izin Allah, moga kita praktikkan
selalu.


Ikhlas Dariku,serikandi islam
dila


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...