Pages

Thursday, December 31, 2009

Mengemis Kasihmu Ya Allah...


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi parah



Semalam sudah sampai kepenghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali

Gerak dosa yang menhiris hati



Tuhan dosa itu menggunung

Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi



Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu

Seribu langkah Kau rapat padaku

.....terima kasih pada along rohana,kakakku sayang mengingatkan diriku dengan lirik lagu ini...moga2 jadi pedoman...

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Tuesday, December 29, 2009

BERCERITA TENTANG IBU DAN AYAH


Izinkan saya untuk bercerita tentang ibu dan arwah ayah saya,mereka merupakan insan-insan yang paling saya sayangi dalam hidup.Jadi tidak salah untuk saya mengabdikan cerita tentang mereka di dalam blog ini.Tiba-tiba hati ini terasa sayu hari ini,entah mengapa...diri ini seakan terbayang-bayang suatu masa dahulu di saat arwah ayah ada.Saya akui merindui belaian kasih sayang dari seorang ayah..namun takdir Allah,Allah lebih menyayangi ayah...maka Abah meninggalkan saya di kala saya baru berumur 8 tahun.Di saat itu,saya belajar untuk hidup tanpa belaian kasih sayang abah.

Saya tidak mengerti di saat abah meninggalkan saya,abah pergi meninggalkan kami di pagi raya yang pertama,1 syawal..sungguh hening...ketika itu,kami kelima-lima adik beradik masih bersekolah.Abang berada di sekolah asrama penuh,sains selangor,kakak pula di universiti.Abah meninggal disebabkan kemalagan jalan raya sewaktu hujan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menggunakan motor berlanggar dengan bas sekolah.Abah koma selama sebulan di bulan Ramadhan,saya masih ingat lagi ibu berulang alik dari rumah lama di selanagor ke hospital kuala lumpur.Adik-beradik saya yang semuanya masih belajar ketika itu turut bergilir-gilir menemani ibu melawat abah di hospital.Saya dan adik-beradik sudah biasa menguruskan kehidupan masing-masing tanpa ibu dan abah di rumah.Sejak kecil lagi kami dididik untuk berdikari.Arwah abah sangat mementingkan pendidikan kami adik beradik,saya selalu tengok kakak dan abang sering belajar.Tidak hairanlah mereka selalu mendapat nombor satu di dalam kelas dan menjadi antara pelajar yang terbaik di sekolah.Didikan arwah abah berjaya menyebabkan mereka membuat yang terbaik dalam pelajaran.Abah sering mengajar abang mengaji,he abang trkial2 mngaji depan abah.Abah sangat tegas dengan kami.Sangat berdisiplin,sejak kecil kami dididik untuk berdikari,semuanya harus dibuat sendiri,basuh baju,kemas rumah,he kalau rumah tak bersih,pasti kami akan dimarahi.Abah akan suruh kami sapu sampah dalam rumah jika dia tak berpuas hati dgn kebersihan di dalam rumah.

Abah dan ibu bekerja sejak dari muda lagi sehinggalah mereka hidup berkeluarga.Ibu sering bercerita bahawa ibu berhijrah dari kampung ke bandar semata-mata untuk memperbaiki kehidupannya yang susah.Keinginan ibu untuk menyambung pelajaran tidak kesampaian kerana kesusahan keluarganya,hanya adik ibu yang dapat menyambung pelajaran.Alhamdulillah pak cik ku itu kini sudah berjaya menjadi jurutera dan mempunyai syarikatnya sendiri.Saya sangat kagum dengan ketabahan ibu,ibu seorang yang sangat berdikari.Ibu pernah bercerita bahawa di zaman mudanya,apabila telah berkahwin dengan ayah,pernah tinggal di rumah setinggan di kampung medan,kuala lumpur.Kesusahan banyak mengajar ibu dan ayah dan sudah pastinya mereka ingin perbaiki kehidupan bersama anak-anak tersayang.Alhamdulillah pada ketika ini,ibuku mampu berehat setelah penat berhempas pulas bekerja demi membesarkan kami kelima-lima adik beradik.Ibu bersara pada umur 40 tahun dan di saat ini,keluarga kami memiliki 3 rumah hasil daripada rezeki yang Allah berikan pada ibu dan arwah abah sepanjang mereka bekerja keras demi kami sekeluarga.


Dahulu ketika saya kecil,saya sering berkata dalam hati "andai kata saya sudah besar saya akan berbuat ini atau akan berbuat itu supaya saya dapat membalas jasa ibu dan menyenangkan orang tua" dan itu yang selalu difikirkan, ketika melihat orang tua bekerja kuat untuk memenuhi tuntutan hidup,bekerja di awal pagi, wajah ketika pergi bekerja terlihat segar dan penuh harapan untuk mendapat sesuatu yang boleh di berikan kepada anak dan keluarganya.Saya terfikir betapa susahnya ibu hendak membesarkan kami kelima-lima adik beradik dengan ketiadaan ayah disisi,ibu tabah membesarkan kami.Ya Allah,sungguh besar pengorbananmu ibu...Ketika kecil,saya dan adik di jaga oleh jiran ketika ketiadaan ibu pergi bekerja.Rutin harian ibu ialah,pergi bekerja seawal pagi selepas subuh,perlu berjalan agak jauh ke perhentian bas kerana rumah kami ketika itu di serendah,selangor agak jauh untuk ke kuala lumpur tempat ibu bekerja.Pada pukul 6 petang barulah ibu sampai di rumah dan memasak untuk kami sekeluarga.Pasti ibu sngat letih disaat itu namun digagahi juga demi kebhagiaan anak-anak.Ah,sungguh besar pengorbananmu..namun tidak pernah ibu mengungkit bahawa ibu letih..


Ibu selalu pesan pada saya dan adik ketika kecil lagi,agar berjaya dalam pelajaran dan mesti ada target dalam hidup ini,walaunpun ibu tidak berpendidikan tinggi,namun ibu mempunyai matlamat hidup yang tersendiri.Kini,ibu mampu hidup dengan selesa,hasil penat lelah bekerja dari zaman muda,ibu mampu memiliki 2 buah kereta dan 3 biji rumah sepanjang kehidupannya.Hasil didikan ibu juga,4 daripada kelima-lima anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.Tidak lupa juga hasil didikan arwah abah,yang bersifat kepimpinan,tegas,berdisiplin,mampu melahirkan kami adik-beradik aktif di dalam persatuan,kedua2 abang pernah menjadi ketua pengawas di sekolah dan menjadi pelajar terbaik di sekolah,saya turut mengkuti jejak langkah kakak dan abang.
Hasil didikan arwah abah pada kakak dan abang dalam memastikan mereka cemerlang di sekolah,menyebabkan saya turut termotivasi untuk menyertai bidang sukan yang tidak pernah saya terfikir pn boleh,hanya sekadar melihat piala2 kemenngan mereka di dalam sukan mncbar sya untuk turut berjaya jga di dalam bidang itu.Arwah abah sangat minat pada sukan,setiap petang pasti kami adik beradik akan bermain badminton,mungkin darah untk lasak dari sudut fizikal ini saya warisi dari abah.Alhamdulillah,kami adik beradik pada hari ini sudah memiliki haluan hidup masing2,kejayaan kami adalah demi kebahagiaan ibu.Abangku kini berjaya menjadi jurutera,pasti itu akan menjadi motivasi buat diri ini untuk berjaya dalam hdup dmi memblas jasa ibuku yang selama ini bersusah pyah membesarkan ku.Saya teringat ketika zaman sekolah rendah hinggalah saya bertukar sekolah ke sekolah berasrama penuh di sains muar,setiap kali perjumpaan ibu bapa,pasti saya akan rasa cemburu dengan kawan-kawan,ibu bapa mereka dapat hadir,tetapi saya?Ibu tidak dapat hadir kerana bekerja dan tiada pengangkutan ke sekolah saya yang jauh.Saya pujuk diri bahawa inilah ujian untuk hidupku,ibu harus bekerja demi membesarkan kami adik-beradik.Tetapi setiap kali penyampaian hadiah pada hari anugerah cemerlang pelajar,ibu pasti akan hadir melihat kejayaan anak-anaknya,hanya itu yang dapat kulakukan untuk menggembirakan hati ibu.Walaupun ketika di sekolah berasrama,ibu tidak pernah mengunjungi saya...saya pujuk hati...cemburu juga melihat ibu bapa kawan-kawan hadir pada hujung minggu..di ketika itu saya akan berjalan sorang2 di padang....berjalan-jalan memikirkan kehidupan ini...kebetulan kubur memang berdekatan dengan padang sekolah.Setiap kali itu saya pasti teringatkan abah..al-fatihah untuknya...Saya yakin dan percaya,ini hanyalah ujian kecil buat saya untuk meneruskan kehidupan ini untuk menjadi mukmin yang sejati.Ada orang yang lebih susah daripada saya.Saya selalu fikir...tak layak untuk saya berputus asa,Allah bagi kita segala-galanya..apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dariNya.Maka saya harus menempuhi kehidupan ini berlorongkan keimananan dan ketaqwaan.Janji saya pada diri untuk membalas jasa ibu,akak ku bahagiakan drimu wahai ibu..aku hnyalah insan berfikrah hamba menuju destinasi syurga...apakah ku layak..astaghfirullahalazim...

Dari Abu Hurairah dia berkata telah datang kepada Rasulullah saw seorang laki-laki lalu bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah yg lbh berhak utk saya pergauli dengan baik?” Beliau menjawab “Ibumu” dia berta lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ibumu” dia berta lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ibumu” dia bertanya lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ayahmu”.

Tanpa ibu siapalah kita. Tanpa ibu juga kita tidak akan wujud di atas dunia yang fana’ ini. Tanpa ibu kehidupan anak-anak juga penuh dengan kesengsaraan. Justeru, ibulah insane yang paling banyak menanggung penderitaan demi penderitaan demi kelangsungan hidup anak-anaknya.
Ketika mengandung, ibulah insan pertama yang menanggung penderitaan selama sembilan bulan lamanya sedangkan dia tetap meneruskan kandungannya dengan penuh kepayahan dan keletihan. Ketika melahirkan anak, ibulah sahaja yang menanggung kesakitan amat yang perit, malah kadang-kadang si ibu sanggup menggadaikan nyawanya pada ketika itu dan berjuang antara hidup dan mati demi keselamatan anaknya. Seterusnya, selepas kelahiran anaknya, ibu juga yang sanggup bebanan menyusu dan mengasuh dengan penuh kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh selama beberapa tahun. Malah kadang-kadang ibu terpaksa bersengkang mata sepanjang malam demi menjag anaknya tersayang dan juga apabila anaknya jatuh sakit.
Perjalanan hidup yang dilalui seorang ibu itu amat tidak ternilai harganya dan dihargai Allah sehingga dirakamkan Allah melalui helaian al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. (Surah Luqman, ayat 14)
Maksud ayat tersebut jelas menghargai pengorbanan ibu terhadap anaknya iaitu dengan menanggung penderitaan demi penderitaan semasa membesarkan anaknya, penderitaan semasa melahirkan anak dan juga penderitaan semasa menyusu serta mengasuh anak. Walaupun, ibu tidak pernah pun mengeluh mahupun berputus asa menghadapi kesemua penderitaan tersebut, malah tidak pernah pun mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran daripada anaknya. Apa yang penting bagi seorang ibu terhadap anaknya ialah melihat anaknya sihat sejahtera, hidup dengan selesa dan sentiasa mendoakan anaknya moga berjaya dalam lapangan hidupnya kelak.
Demikianlah begitu besar dan tingginya pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ibu terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula dengan pengorbanan anaknya untuk menghargai pengorbanan ibunya dan membalas balik jasa ibunya yang tidak terhitung itu. Inilah suatu persoalan yang sewajibnya direnung oleh setiap anak iaitu apakah setiap anak sudah pun menunaikan kewajipan terhadap ibunya.

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Ya Allah, seketika di akhir tahun ini Insya Allah muncul tahun baru yang ceria. engkau muliakan dan sayangi diri ini dan sahabat-sahabatku ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. mmakbulkan cita2nya yang murni.. amiiiiin Ya RabbaA'lamin.. salam Maal Hijrah


Read more...

Tuesday, December 8, 2009

Gagasan Mukmin Professional

Semasa di Politeknik Ungku Omar dahulu sehinggalah di Universiti Malaysia Pahang, acapkali saya menjadi ‘peti aduan’ adik-adik kampus terutama yang rapat dengan saya. Kebanyakan perkara yang diutarakan berkisar tentang persatuan, akademik, pengurusan masa, tarbiyah dan tidak sedikit dalam hal-hal peribadi.

Sehingga sekarang, sekalipun sudah graduasi dari Politeknik Ungku Omar, Allah masih membuka ruang diskusi antara kami diruang maya. Setiap idea dilontarkan, setiap masalah diperbincangkan. Diskusi demi diskusi meningkatkan potensi diri dalam keupayaan memberi dan kemampuan menerima.


Sebagaimana rindunya diskusi bersama mereka, begitulah rasa rindu mahu bertemu, tetapi tidak ketemu bila dan di mana agaknya. Adik-adikku..bila kita bisa bersua ya? Mengecas motivasi kembali dengan menukar darjah masalah menjadi darjah cabaran.

Setiap yang rumit itu bukan masalah, tetapi cabaran!.
Setiap yang susah itu bukan masalah, tetapi cabaran!
Konflik itu bukan masalah, tetapi cabaran!
Kritikan itu bukan masalah, tetapi cabaran!
Masalah itu bukan masalah, tetapi itu adalah cabaran!





Kata-kata di atas memotivasikan saya dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang da'ie dan juga pelajar.Tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan juga khalifah haruslah digalasi,teringat di saat menjadi timbalan presiden persatuan islam siswa sisiwi politeknik ungku omar sewaktu di tahun akhir,sungguh banyak cabaran yang diperolehi dari sudut dakwah dan akademik,kebiasaannya di mana-mana kampus apabila tahun akhir tidak memegang jawatan yang penting.Takdir Allah,meletakkan saya pada amanah tersebut.Tapi saya sukakan cabaran,cabaran itu yang menyebabkan minda kita semakin aktif berfikir jalan yang terbaik menyelesaikan sesuatu masalah.Disaat bertungkus lumus menyiapkan projek tahun akhir serta cabaran menguruskan persatuan,alhamdulillah Allah Ya Razzak,Maha Memberi Rezeki,saya berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Ungku Omar dengan CGPA 3.68 seterusnya mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Pahang.

Alhamdulillah Allah Maha Besar,mentakdirkan saya memperolehi anugerah khas pingat emas dari Pengarah Puo semasa konvokesyen,seterusnya saya mendapat biasiswa dalam melanjutkan pelajaran. Semua ini bukanlah untuk dibanggakan apabila saya menulis di dalam blog ini,cuma saya inginkan nyatakann bahawa golongan pendakwah juga boleh berjaya,mereka juga inginkan kejayaan di samping sibuk menguruskan persatuan.Saya amat yakin dengan surah Muhammad ayat 7,Hai orang-orang yang beriman,jika menolong agama Allah nescaya Allah akan membantu dan mengukuhkan kedudukanmu.Alhamdulillah,takdir Allah meletakkan kedudukan GPA saya pada setiap semester tidak pernah di bawah 3.5.Saya yakin dan percaya juga bahawa semua ini adalah kurniaan dariNya,ilmu yang ada adalah dari Allah,kejayaan juga adalah miliknya yang diberikan kepada insan-insan terplih dan Allah juga mampu menarik nikmat tersebut bila-bila masa sahaja.Teringat saat di tahun 2,saya mulai hilang semangat kerana CGPA turun...dari 3.93 ke 3.56...menangis2 saya di depan naqibah,saya salahkan amanah saya sebagai exco asrama menyebabkan saya sibuk..Alhamdulillah kata-kata nasihat daripada naqibah menyebabkan motivasi saya kembali,katanya juga,mengadulah kepada Allah..Allah sebaik2 tempat rintihan hambaNya..

Jika kita ditimpa masalah dan cabaran, maknanya Allah juga pernah memberi kita kesenangan. Berlapang dada dengan Allah ialah bersedia menghadapi sesuatu yang sesuai dengan harapan.

Kedua, bersedia menghadapi sesuatu yang tidak sesuai dengan harapan. Di saat cemerlang gemilang,meniti dibibir kita syair pujian. Di saat dirundung malang, meniti dibibir kita syair ketenangan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini,beruntunglah kita di pilih oleh Allah sebagai golongan yang menyebarkan Islam di bumi Allah ini.Saya ingin menjadi yang terbaik,adakah terbaik di sisi manusia?atau di sisi Allah?Apa yang saya inginkan,hanyalah mahu menjadi yang terbaik di hadapan Allah...saya tidak akan berputus asa..adakah akademik di kampus hanyalah dunia semata2?tidak,semua itu adalah ilmu Allah,dizahirkan melalui pensyarah,buku2 dan sebagainya.Mengapa kita harus berputus asa?mengapa kita malas?Mengapa kita datang lewat ke kelas?Mengapa dan mengapa??Adakah sibuk dengan aktiviti dakwah,itu hanyalah alasan,pernahkah kita berusaha mengatasi masalah yang berlaku?pernahkah jumpa pensyarah?pernah buat revision awal2?

Itu semua merupakan cermin akhlak kita,adakah kita nak bersifat begitu sebagai seorang pendakwah?Tetapi lebih malu lagi,kita ini hambaNya...malunya kita di dengan Allah dengan akhlak kita yang sebegitu. Kita dipilih Allah..maka kita harus tahu inilah jalan harus kita lalui...Allah berfirman dalam surah Al-Imran 110..Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan dikalangan manusia,melakukan amal ma'ruf dan mencegah kemungkran dan beriman kepada Allah....

Gunakanlah masa yang ada di kampus untuk melakukan yang terbaik di dalam dakwah dan akademik.

Jadilah jurutera Islam yang mampu mengubah landskap kehidupan dunia hari ini yang penuh dengan kemungkaran kepada kehidupan Islam.

Jom jadi mukmin professional!!

Islam pada hari ini memerlukan mereka yang berkemampuan menyejajarkan dan menyepadukan pelaksanaa fardu ain dan fardu kifayah,tanggugjawab hamba dengan khalifah,kesinambungan ilmu naqli dengan 'aqli,kesucian zikir(kebersihan hati) dan kekuatan fikir(kecanggihan teknologi) dalam kehidupan. Gagasan Mukmin Professional ini diketengahkan berdasarkan cabaran-cabaran bencana rohani seperti perang saudara,perpecahan,gejala sosial,jenayah,dadah,rasuah dan lain-lain.Umat Islam sedang mengalami kemunduran dan kelemahan dari sudut rohani dan material ini memerlukan satu proses "rebranding" dari segi imej dalaman dan luarannya,agar dilihat lebih produktif,cintakan kedamaian dan unggul dari segala aspek kehidupan.

"Andai Islam seperti bangunan usang,jadilah Jurutera Manusia membina kembali bangunan usang kepada bangunan yang tersergam indah"

Ciri Asas Mukmin Professional Dengan sifat Mukmin seseorang itu akan memiliki nilai-nilai yag baik(sifat mahmudah)seperti integriti,jujur,amanah dan lain-lain.Dengan sifat professional,seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan ketrampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggugjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang pengurusan,pentadbiran,pendidikan,ekonomi,dan lain-lain. Dengan sifat Mukmin mereka mampu memperbaiki keadaan umat yang dilanda pelbagai gejala sosial,jenayah dan keruntuhan akhlak.Manakala dengan kepakaran,mereka mampu menyelesaikan masalah umat yang ketinggalan dalam bidang ekonomi,akademik,teknologi dan sains.

Dengan ini,saya ingin menjadi mukmin Professional!!Tekad saya untuk menjadi Jurutera Perisian yang dapat membantu umat Islam dalam bidang teknologi.

Pada semester akan datang yang merupakan tahun 2010,azam saya untuk melakukan yang terbaik di dalam dakwah dan akademik.Walaupun berada di tahun akhir,dengan kekangan akademik yang ada,dalam menyiapkan projek sarjana muda fasa 2,serta sebagai naib pengerusi sahabat masjid UMP,akan saya galasi dengan penuh semangat.Semoga semangat ini berterusan demi perjuangan Islam.Bak kata sahabat saya,motivasi itu pasti akan naik dan turun...haruslah ia ditangani dengan kembali kepada Allah,itulah sumber kekuatan kita sebagai orang Islam.

“Biar kita berbadan kecil tetapi berjiwa besar daripada berbadan besar tetapi berjiwa kecil. ”


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Sunday, December 6, 2009

Anak Soleh Payung Keluarga=)




Assalammualaikum wbt dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada 5 & 6 Disember 2009 iaitu pada hari sabtu dan ahad yang lepas di Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong.,Kem Motivasi Pelajar (KMP) yang berkonsepkan ke arah pembentukan modal insan telah dianjurkan oleh Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong. Program ini bertemakan “Anak Soleh Payung Keluarga”. Program ini diadakan bagi melengkapi keperluan pelajar dari segi persiapan diri sebagai seorang pelajar Islam. Program ini lebih menekankan dari segi kewajipan fardhu ain dan penerapan nilai murni terutamanya nilai penghargaan kasih sayang ibu bapa Antara objektif yang terkandung bersempena dengan program ini adalah untuk memberi kefahaman Islam yang jelas kepada peserta,menimbulkan kesedaran tentang kewajipan melaksanakan perkara-perkara fardhu ain terutamanya solat serta emberi kesedaran untuk menghargai pengorbanan ibu bapa.

Peserta bagi program ini ialah adik-adik sekolah rendah,jumlah peserta ialah seramai 99 orang.He saya menjadi salah seorang fasi yang terlibat bersama sembilan sahabat yang lain iaitu ukhtie masyitah,asiah,nasihah,shaksiah,akhi hisham,arif,afif,taqiudin,faris.Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat saya yang merupakan bekas-bekas pelajar Politeknik Ungku Omar yang menjadi urusetia untuk menggerakkan program ini,mereka yang menjemput saya untuk turut membantu.Peluang sebegini haruslah diambil sebagai salah satu tanggugjawab untuk berdakwah kepada masyarakat.Anak-anak ini perlulah dididik dengan pendedahan tentang kehidupan Islam sebagai cara hidup.Memang seronok sangat dapat bersama-sama adik ini,he macam2 gelagat.Comel-comel semuanya,yang adik-adik lelaki memang tak boleh duduk diam,he asyik berlari2 je apabila aktiviti outdoor.Pelbagai aktiviti yang diadakan,antaranya slot ustaz Zambri yang merupakan personaliti tv,memang menarik.Asyik tertawa sahaja adik-adik ini.Apapun semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.Pada 19 dan 20 hb pula akan ada program di masjid ini,tetapi khusus untuk sekolah menengah,ana juga akan membantu sebagai fasi.Kali ini pasti cabarannya mesti lebih hebat,he maklumlah untuk pelajar sekolah menengah pula.

Pada program kali ini,banyak pengajaran yang saya perolehi...apabila melihat adik-adik ini.Terasa di hati ini begitu gembira melihat mereka mengikuti prgram yang berteraskan Islam ini.Terutama apabila slot muhasabah,teresak-esak mereka menangis apabaila di sebutkan tentang ibu bapa.Semoga adik-adik ini dapat mengamalkan apa yang mereka perolehi sepanjang program ini.

















/>

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Friday, December 4, 2009

MOTIVATIONAL AND INSPIRATIONAL STORIES

Asslammualaikum wbt dan salam perjuangan....

Today i want to write the article in my blog using English language...well,perhaps it was first time for me=p...I want to share about this poem that i was copy from my favourite author-Life Is An Open Secret.You,Me and We...really2 inspire me

Don't Quit Poem
by anonymous

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest! if you must; but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up, though the pace seems slow;
You might succeed with another blow.

Often the goal is nearer than
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor's cup.
And he learned too late, when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out;
The silver tint of the clouds of doubt;
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you're hardest hit;
It's when things seem worst that you mustn't quit.


It is truly when things seem the worst that you mustn't quit.

And I know that is so true because Allah has promised me and you, promised us in His own words as below,

“Whoever works righteousness — whether male or female — while he (or she) is a true believer (of Islamic Monotheism) verily, to him We will give a good life (in this world with respect, contentment and lawful provision), and We shall pay them certainly a reward in proportion to the best of what they used to do”
[al-Nahl 16:97]

Absolutely, right?

If we have been promised by the Lord of the Universe, the Owner of everything and existed from before till eternity, that we will be rewarded IN PROPORTION to the BEST of what we do, what do really we want to quit and give up?

It doesnt make any sense, you agree?

Think about it...

Turkish proverb,

'You have to walk up each step to get to the top of the staircase.'

... feels Bonnie Blair is right by saying, 'Winning doesn't always mean being first, winning means you are doing better than you have done before'

..... reflects on her 'dark side of the moon' as Mark Twain said, “Every one is a moon, and has a dark side which he never shows to anybody”

..... tries answering Rich D's Q this morning, 'The easiest success measurement tool is a simple question. What did you do today to move forward?'

..... loves Earl N words,'The mind like the land doesn't care what you plant in it. It will return what you plant but it doesn't care what you plant.' Wow!

..... wonders where to get a lifetime supply of Duracell-packed energy upon reading Bruce B words, 'When your through changing, you're through.'


i always believe that every failure determine success.Allah always with us,Allah always love us,so please don't feel so lonely and give up.so just do it!!dun give up!!

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Thursday, December 3, 2009

Macam Mana Berfikiran Positif

Teringat pesanan ustazah semasa di Politeknik Ungku Omar dahulu,hantarlah aura positif kepada orang yang pertama kali kita bertemu,maka ia akan menghnatar aura yang positif juga kepada kita(in term of bersangka baik) maka mudahlah untuk kita berkomunikasi.Jangan lupa senyum,senyum merupakan sedekah yang paling mudah diberikan.Selamat mencuba!!



Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda.Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk,cepat- cepat istighfar.
Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.
Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.
Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.
Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.
Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.



7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik,lagi OK di masa akan datang.
Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah
yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!



Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Apa sumbangan kita terhadap Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan
taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam
Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau
mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.
Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan
tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat
kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang
derhaka kepada ibubapa.
Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa
keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua
ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah
turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan
berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.
Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah
tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta
kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu
dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta
malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya.
Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada
pada kita.
Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala
kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah
dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh
kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka
berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan
boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya.
Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita,
maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi
mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa
dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika
kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita.
Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak
kita akan derhaka kepada kita pula.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan
ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu
syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah
menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke
dalam neraka."
Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa.
Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di
dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu,
kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat.
Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan
sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia,
selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping
mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan
seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan
bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja
bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.
Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:



Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:

"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka
yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja
bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka.
Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang
menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak
ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak
akan memberikan keampunan sedikitpun
kepadanya."
"Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa
tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka
kepada mereka tidak akan masuk syurga."



Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Aku,Dia dan Islam

Aku, Dia dan Islam

Assalamualaikum wbt.
Keceriaan dan kebahagian adalah impian setiap insan. Dan, untuk mencapai perkara tersebut, kita terpaksa melalui pelbagai onak duri cubaan untuk mampu kita meraih keindahan dalam kehidupan ini.

Pejuang Islam seringkali dimomokkan dengan pelbagai ujian, cabaran, dugaan dan rintangan. Sememangnya, sesiapa yang memilih perjuangan Islam sebagai cara hidup dan pegangan pendiriannya, pasti akan melalui perkara yang mungkin tidak seindah seperti mana yang sering diimpikan.

Adakah pejuang Islam tidak berhak mengecap kebahagiaan? Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bergembira?, Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bahagia?

Semua insan mahukan perkara itu! Itu lumrah naluri manusia. Islam tidak melarang pejuangnya untuk mengecapi bahagia. Banyak hadis dan para hukama yang menyeimbangkan perkara tersebut.

Namun, apa yang nak diperbincangkan disini ialah, menjadi seorang pejuang Islam PASTI akan menerima pelbagai cemuhan, ejekan, perlian, pandangan sinis, umpatan dan sebagainya. Pejuang Islam akan dipandang ‘ganjil’ di mata masyarakat. Manusia yang sebenarnya pada pandangan masyarakat ialah menjadi ‘insan biasa’ seperti mana manusia lainnya. Menjadi pejuang Islam ialah satu tiket menjadi ‘insan luarbiasa’!

Di Malaysia, kebanyakan roh perjuangan Islam bermula di pengajian terutama di institusi pengajian tinggi. Disitu, kebanyakan qadeer-qadeer yang baru, dididik dan di asuh agar menjadi pejuang yang hebat suatu hari nanti.

Maka, klimaks yang berlaku di IPT ialah, satu pegangan dan tsiqah yang amat mendalam kepada perjuangan Islam. Mereka begitu sensitif berkaitan islam dan isu-isu dan timbul darinya. Ombak perjuangan meluap-luap kerana membaranya semangat cintakan Islamnya. Semua ini adalah kerana mungkin:

1. mempunyai sahabat disekeliingnya
2. masih terkongkong dalam masyarakat kampus yang ratanya sama sepertinya.
3. ilmu yang sentiasa terhidang di depan mata

Perjuangan di IPT adalah satu-satunya perjuangan yang paling indah jika hendak dibandingkan dengan perjuangan di suasana lainnya.




Namun, keberadaan kita di IPT bukanlah selamanya! Yang selamanya ialah perjuangan kita! Perpindahan kita ke suatu tempat ke tempat yang lain bukanlah tiket untuk kita turut mengubah identiti diri kita yang sentiasa Islam dulunya...

Realiti yang hendak disampaikan disini ialah, ‘itulah yang berlaku’! Perjuangan di luar tidak seindah perjuangan di dalam. Maka, ramai yang tidak mahu menghadapi risiko kehilangan kebahagian akan mengambil jalan pintas sebagai pejuang Islam ialah dengan hanya menonton sahaja.

Sememangnya, jika tiada ketelusan hati yang jernih hanya pada Islam, kita tidak mampu untuk mencari perjuangan! Jiwa lesu dan tidak tahu apa lagi yang hendak diperjuangkan.
Sesiapa yang masih menjadikan Islam sebagai dirinya, pasti akan menerima kritikan, di perli, dan sebagainya.

Akhirun kalam, walau apapun yang terjadi, istiqamahlah. Nilailah yang mana kaca dan yang mana permata. Janji Allah pasti tiba! Jika bukan disini, pasti akan terjadi disana! Sesungguhnya kemanisan perjuangan Islam tidak seperti manisnya gula yang semua orang tahu akan kemanisannya. Ia seperti manisnya buah. Akan terasa manisnya, jika kita sendiri yang merasa dan memakannya!

Dalam usaha menghasilkan dan ‘mencari’ qadeer2 Islam!
Semarakkan Perjuangan!

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Tuesday, December 1, 2009

KENANGAN BERSAMA PETAKOM(PERSATUAN TEKNOLOGI KOMPUTER UNIVERSITI MALAYA PAHANG



Dipetik dari :http://petakom.blogspot.com

Wednesday, May 27, 2009
Programming contest


Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua pembaca..

Alhamdulillah,diantara program yang julung-julung kalinya yang pernah dianjurkan sejak penubuhan petakom sejak tahun 2002/2003.. Program yang bercorak pertandingan ini sebenarnya diberi nama "software and networking contest" namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi menyebabkan ia hanye tertumpu kepada progamming sahaja..kelihatan seperti program ini hanya untuk student software,namun pada realitinya student networking yang menang tempat pertama.Tahniah diucapkan kepada bro arep zaki(otai fskkp)...

gambar diatas diambil semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang utama programming contest (hamper +sijil+wang tunai)
ACM International Collegiate Programming Contest (ICPC) adalah multitier, pertandingan programming berasaskn kumpulan beroperasi di bawah naungan ACM dan berpusat di Baylor University. Pertandingan melibatkan jaringan global dari universiti setiap daerah yang akan membawa kumpulan pelajar supaya dapat maju dalam pertandingan ACM-ICPC World Finals. Penglibatan peserta dalam pertandingan telah berkembang kepada beberapa ribu pelajar yang terdiri daripada mahasiswa terbaik dari fakulti komputer dari 2000 lebih universiti dari 80 negara-negara di enam benua. Pertandingan ini menekankan kreativiti, kerjasama, dan inovasi dalam membangun program software baru, dan membolehkan siswa untuk menguji kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah di bawah tekanan.










Read more...

Saturday, November 28, 2009

KERINDUAN DI HATI

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN



TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA
TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DI SISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI, HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN
Assalammulaikum dan salam perjuangan buat para sahabat...
Ana buka kalam ini dengan kata-kata puisi bagi mengubati rasa rindu terhadap sahabat-sahabat yang sudah sekian lama ana tidak bertemu namun ingatanku terhadap antum tetap selama-lamanya di hati ini...


Teringat saat-saat ketika hendak melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Pahang,saat berpisah dengan sahabat2 seperjuangan,adik-adik,Kamsis,Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Ungku Omar.Kesedihan di hati ini tidak dapat dibayangkan,namun setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.Namun hidup ini haruslah diteruskan,harus ku galasi sebgai pejuang agama Allah.Disinilah diriku ditarbiyah untuk menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam,disinilah daku belajar mencintai Allah dan RasulNya...Subhanallah sesungguhnya ku bersyukur kepadaMu Ya Allah.

Pelbagai mesej tazkirah dan ingatan ukhuwwah fillah dari sahabat2 di poli ku perolehi sepanjang meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan juga daie di UMP.Alhamdulillah ukhuwwah fillah itu indah sungguh ku rasakan walau tidak bertemu namun ingatan tetap hadir.Kadang-kadang kesibukan ku meneruskan kehidupanku di kampus menyebabkan diri ini terlupa hendak bertanya khabar pada adik-adik di poli dan teman seperjuangan yang bertebaran di bumi Allah.Namun ku peruntukkan masa juga untuk menghubungi terus mereka,kerana kekuatan ukhuwwah fillah berdasarkan aqidah inilah kami bertemu,merindui dan memikul beban dakwahmu ya Allah







YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Siri Srikandi Islam :Zainab Al Ghazali Al Jubaili

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...

Jom Muslimat Kita Beriadah

Teringat saat di zaman sekolah rendah hinggalah sekolah menengah,zaman di mana ana sangat meminati sukan.Pelbagai sukan yang ana ikuti antaranya ialah bola tampar,olahraga terutamanya acara lumba lari pecut dan jarak jauh dan bola baling.Sebut sahaja sukan olahraga,pasti akan ana ikuti latihannya pada setiap petang,kadang-kala apabila semakin tiba saatnya perlawanan di peringkat daerah dan negeri,semakin ligat diri ini berlatih bersama kawan-kawan sepasukan.Minat ini bertambah di sebabkan melihat abang-abang yang juga aktif bersukan dan seringkali membawa piala kemenangan d rumah.Sudah pasti diri ini juga tidak mahu ketinggalan.Teringat pesanan uztazah sewaktu di sekolah menengah di Kuala Lumpur,ustazah selalu berpesan pada diriku agar menjaga aurat ketika bersukan kerana dirinya tahu diriku sangat berminat dengan sukan olahraga.Alhamdulillah pesannya masih kuingat sehingga ke hari ini,alhamdulillah walaupun diriku giat bersukan aurat masih ku jaga dan akhirnya berjaya memperoleh gelaran olahragawati sekolah.Saat tersebut tidak akan kulupakan sehingga ke hari ini,alhamdulillah diri ini masih meminati sukan.Cuma,he taklah segiat dahulu kerana kekangan akademik dan aktiviti persatuan di kampus,namun apabila ada masa terluang,diriku masih beriadah juga.Minatku takkan terhenti,ayuh muslimat,jom kita bersukan!!

ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya.


Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.

Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.

Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan.

Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:


• Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
• Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan

Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.

FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah

Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”

Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)

Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)

Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)

Faedah bersenam


Individu yang kerap bersenam biasanya lebih bertenaga dan banyak stamina. Mereka tidak akan cepat penat apabila bekerja. Individu ini juga umumnya bersikap lebih positif dan optimistik.

• Secara tidak sedar, senaman adalah cara terbaik untuk anda merehatkan badan. Jika anda letih bekerja, carilah masa untuk bersenam sebagai cara mudah merehatkan badan dan fikiran.
• Mulakan kegiatan cergas anda dengan senaman yang mudah dan digemari. Jika anda malu bersendirian, lakukannya bersama rakan.
• Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit dan tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bagi wanita, senaman yang dilakukan kurang daripada 20 minit tidak akan memecahkan lemak dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
• Ubah senaman setiap hari. Maksudnya anda tidak perlu terikat dengan satu jenis senaman kerana ia akan membuatkan anda bosan dan berhenti bersenam.
• Berhenti bersenam jika anda tidak sihat. Jangan paksa diri. Bersenam ketika sakit hanya akan memburukkan keadaan. Sambung apabila anda benar-benar sembuh.


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...