Pages

Tuesday, July 6, 2010

KEMBARA MUJAHIDAH EPISOD 2



Alhamdulillah bersyukur kepada Allah diberikan diberikan kesempatan pada hari ini untuk menyambung kembali diari kembara perjalanan di rantauan demi menuntut sebuah ilmu.Kadangakala hati ini rasa gelisah,tidak tenang dan pelbagai rasa yang bersifat negatif.

Manusia itu lalai. Manusia juga lalai bahawa dia dalam kelalaian. Lalai manusia adalah sia-sia, tanpa sedar mengundang dosa.


Dalam masa yang sama, manusia mempunyai impian, hasrat, keperluan dan kehendak hidup. Namun, manusia lupa bahawa impian, hasrat, keperluan mahupun kehendak hidup itu hanya boleh diberi oleh Dia yang sering dilalaikan manusia.

Apabila kita mengharapkan sesuatu dari manusia, manusia itu sering diingati, dihargai dan dipuji. Tetapi apabila mengharap banyak dari Allah, Allah dilupai dan dipandang sepi. Maka, jadilah kita seorang yang ‘dauble standard’ dalam pengharapan.

Allah S.W.T. ada menerangkan mengenai fadhilat beristighfar pada beberapa ayat di dalam al-Quran.
Tafsirnya: Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya, supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada kamu tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal saleh) akan pahala kelebihan itu. (Surah Hud: 3)

Ahh,kesibukan belajar di sini menyebabkan saya terlalai mengejar sesuatu yang hanya memberi keuntungan pada diri,untuk apa saya belajar?untuk diri?untuk keluarga?saya bermuhasabah kembali,niat ini perlu diperbetulkan kembali.Saya perlu menuntut ilmu kerana hanya ilmu yang dapat mengangkat darjat manusia di sisi Allah.Ya,teringat pesanan ustazah,semua ilmu datang dari Allah,janganlah berbangga dengan diri,kerana semuanya adalah kurniaan Allah.Jadilah hamba yang bersyukur,semoga dengan kesyukuran yang dirasai itu dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pelbagai pengalaman yang dilalui di sini,suka duka dalam sebuah kembara mencari ilmu.Setiap hari perlu hadir ke kelas yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.Setiap hari ada tugasan yang perlu dihantar,begitu juga dengan projek.Kami dilatih untuk menyiapkan tugasan dengan cepat.Walaupun begitu,saya begitu gembira berada di sini kerana menemui kawan-kawan baru,4 orang dari UITM Shah Alam,hee mereka gelarkan geng budak hitam.Saya juga termasuk dalam kumpulan budak hitam.Mereka ialah wani,muni,suhaibah,piah,tidak dilupakan juga soo fong dari UNIMAS.Saya begitu gembira dapat mengenali mereka semua,sesungguhnya sifat kasih sayang itu datang dari Allah,dengan kasih sayangnya yang mengalir di dalam diri setiap insan menyebabkan kami dapat mengenali satu sama lain melalui suka duka di sini.

Kini,di INFOSYS sudah masuk bahagian kedua yang di penuhi dengan coding programming.Alhamdulillah baru sahaja present projek Java.Pelabagai pengalaman yang dilalui dalam menyiapkan projek ini.Apapun bersyukur ke hadrat ilahi kerana di beri kudrat untuk menyiapkan projek.

Dalam kehidupan ini tidak semua perkara yang dapat kita perolehi dengan mudah,teringat kata-kata Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap dia akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.



Read more...

Thursday, July 1, 2010

KEMBARA MUJAHIDAH



Bismillahhirahmanirrahim....alhamdulillah,hari ini dapat diri ini menulis tentang apa yang ingin ku luahkan...lama benar saya tidak update blog ini,ramai sahabat-sahabat yang menegur,terima kasih diucapkan kerana keperihatinan sahabat-sahabat yang ingin melihat saya menulis kembali(hee macam penulis terkenal pula=p)
Kini saya berada di UNIMAS,SARAWAK atas anjuran Kementerian Pengajian Tinggi,INFOSYS FOUNDATION PROGRAMME,UNIMAS menjadi tuan rumah untuk batch yang ke empat.Bagi dua batch yang pertama,diadakan di INDIA,batch ketiga pula di UTEM,Melaka.Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana terpilih antara 100 pelajar daripada 350 pelajar yang memohon untuk memasuki program ini.Lima orang pelajar yang terpilih mewakili Universiti Malaysia Pahang,hanya seorang pelajar perempuan sahaja yang terpilih iaitu saya.


Pada mulanya saya tidak yakin bahawa diri ini akan terpilih kerana saya terpaksa bersaing dengan kebanyakan pelajar dari Fakulti Sistem Komputer Dan Kejuruteraan Perisian UMP yang juga memohon.Saya masih ingat lagi sewaktu saya memohon,apabila tiba masanya ujian dan temuduga oleh Fakulti,saya datang lewat kerana terlewat bangun.Pada minggu tersebut adalah program KEMBARA(Kembali Ke Madrasah Rasulullah) anjuran Sahabat Masjid UMP),sebagai Timbalan Pengerusi SAHAM ,saya bertanggungjawab memantau perkembangan gerak kerja yang telah dilakukan oleh ahlijawatankuasa.Jadi kebanyakan masa dihabiskan untuk melakukan gerak kerja tersebut,sehingga saya lupa untuk melihat tarikh ujian INFOSYS.Saya amat yakin bahawa bantuan Allah sentiasa hadir dikala hambanya memerlukan,saya bermuhasabah mengingati kembali Surah Muhammad Ayat 7" Wahai orang-orang beriman,jika kamu membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu dan mengukuhkan kedudukanmu".Pada hari kejadian,saya menerima mesej daripada kawan bertanyakan di manakah tempat ujian,sesungguhnya barulah saya terkejut dan terbangun dari tidur kerana pada hari tersebut ada ujian bagi kemasukan INFOSYS.Saya amat meminati programming sejak Diploma lagi,jadi saya tidak akan melepaskan peluang ini.

Saya bergegas ke tempat ujian dan temuduga diadakan,saya berdoa kepada Allah agar diberikan peluang untuk memasuki program ini.Alhamdulillah apabila tiba masanya diumumkan senarai pelajar yang terpilih,saya adalah salah seorang yang terpilih.Saya pernah bertanya pada ustzah,adakah saya patut pergi atau tidak,uztazah menyatakan bahawa minat yang datang itu datang dari Allah diilhamkan kepada saya,maka seharusnya saya menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.Dakwah pada hari ini memerlukan teknologi sebagai salah satu kemahiran yang wajib dikuasai untuk menyebarkan risalah Islam,saya seharusnya mempunyai semangat yang membara kerana keinginan menguasai ilmu ICT demi sebuah perjuangan Islam.
“Barangsiapa menempuh suatu jalan mencari ilmu padanya, niscaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
Hadits Riwayat Muslim
Apabila berada di Sarawak,sudah tentunya saya berjauhan daripada keluarga yang tercinta.Namun saya perlu kuatkan semangat demi sebuah pejuangan mencari ilmu,saya yakin bahawa segala yang terjadi ini telah diatur dengan baik oleh Allah.

Saya akhiri bicara pada kali ini dengan sebuah lirik lagu :

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...