Pages

Thursday, February 18, 2010

TIPS TEMUDUGA =)

Sudah lama saya tidak update blog ini,kadang-kala idea datang mencurah-curah tetapi kekangan masa menyebabkan saya mengutamakan perkara yang lain dahulu.
Hari ini saya ingin menyenaraikan beberapa tips temuduga yang sempat saya buat kajian berdasarkan buku dan internet.Ini sebagai perkongsian bersama daripada saya yang akan pergi ke latihan industri pada 14 Jun Hingga 26 November 2010,beberapa panggilan telefon dan email saya terima daripada beberapa syarikat IT di Kuala Lumpur.Cuma tinggal tarikh sahaja yang akan mereke tetapkan untuk temuduga saya,sementara menunggu hari tersebut,lebih baik saya membuat persiapan sebaik mungkin.

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :


Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda


Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :


Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
Jawab dengan jelas dan lantang
Kikiskan sifat ego anda
Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
Banyakkan senyuman
Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan



Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga

Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...