Pages

Tuesday, July 6, 2010

KEMBARA MUJAHIDAH EPISOD 2



Alhamdulillah bersyukur kepada Allah diberikan diberikan kesempatan pada hari ini untuk menyambung kembali diari kembara perjalanan di rantauan demi menuntut sebuah ilmu.Kadangakala hati ini rasa gelisah,tidak tenang dan pelbagai rasa yang bersifat negatif.

Manusia itu lalai. Manusia juga lalai bahawa dia dalam kelalaian. Lalai manusia adalah sia-sia, tanpa sedar mengundang dosa.


Dalam masa yang sama, manusia mempunyai impian, hasrat, keperluan dan kehendak hidup. Namun, manusia lupa bahawa impian, hasrat, keperluan mahupun kehendak hidup itu hanya boleh diberi oleh Dia yang sering dilalaikan manusia.

Apabila kita mengharapkan sesuatu dari manusia, manusia itu sering diingati, dihargai dan dipuji. Tetapi apabila mengharap banyak dari Allah, Allah dilupai dan dipandang sepi. Maka, jadilah kita seorang yang ‘dauble standard’ dalam pengharapan.

Allah S.W.T. ada menerangkan mengenai fadhilat beristighfar pada beberapa ayat di dalam al-Quran.
Tafsirnya: Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya, supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada kamu tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal saleh) akan pahala kelebihan itu. (Surah Hud: 3)

Ahh,kesibukan belajar di sini menyebabkan saya terlalai mengejar sesuatu yang hanya memberi keuntungan pada diri,untuk apa saya belajar?untuk diri?untuk keluarga?saya bermuhasabah kembali,niat ini perlu diperbetulkan kembali.Saya perlu menuntut ilmu kerana hanya ilmu yang dapat mengangkat darjat manusia di sisi Allah.Ya,teringat pesanan ustazah,semua ilmu datang dari Allah,janganlah berbangga dengan diri,kerana semuanya adalah kurniaan Allah.Jadilah hamba yang bersyukur,semoga dengan kesyukuran yang dirasai itu dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pelbagai pengalaman yang dilalui di sini,suka duka dalam sebuah kembara mencari ilmu.Setiap hari perlu hadir ke kelas yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.Setiap hari ada tugasan yang perlu dihantar,begitu juga dengan projek.Kami dilatih untuk menyiapkan tugasan dengan cepat.Walaupun begitu,saya begitu gembira berada di sini kerana menemui kawan-kawan baru,4 orang dari UITM Shah Alam,hee mereka gelarkan geng budak hitam.Saya juga termasuk dalam kumpulan budak hitam.Mereka ialah wani,muni,suhaibah,piah,tidak dilupakan juga soo fong dari UNIMAS.Saya begitu gembira dapat mengenali mereka semua,sesungguhnya sifat kasih sayang itu datang dari Allah,dengan kasih sayangnya yang mengalir di dalam diri setiap insan menyebabkan kami dapat mengenali satu sama lain melalui suka duka di sini.

Kini,di INFOSYS sudah masuk bahagian kedua yang di penuhi dengan coding programming.Alhamdulillah baru sahaja present projek Java.Pelabagai pengalaman yang dilalui dalam menyiapkan projek ini.Apapun bersyukur ke hadrat ilahi kerana di beri kudrat untuk menyiapkan projek.

Dalam kehidupan ini tidak semua perkara yang dapat kita perolehi dengan mudah,teringat kata-kata Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap dia akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...