Pages

Tuesday, December 29, 2009

BERCERITA TENTANG IBU DAN AYAH


Izinkan saya untuk bercerita tentang ibu dan arwah ayah saya,mereka merupakan insan-insan yang paling saya sayangi dalam hidup.Jadi tidak salah untuk saya mengabdikan cerita tentang mereka di dalam blog ini.Tiba-tiba hati ini terasa sayu hari ini,entah mengapa...diri ini seakan terbayang-bayang suatu masa dahulu di saat arwah ayah ada.Saya akui merindui belaian kasih sayang dari seorang ayah..namun takdir Allah,Allah lebih menyayangi ayah...maka Abah meninggalkan saya di kala saya baru berumur 8 tahun.Di saat itu,saya belajar untuk hidup tanpa belaian kasih sayang abah.

Saya tidak mengerti di saat abah meninggalkan saya,abah pergi meninggalkan kami di pagi raya yang pertama,1 syawal..sungguh hening...ketika itu,kami kelima-lima adik beradik masih bersekolah.Abang berada di sekolah asrama penuh,sains selangor,kakak pula di universiti.Abah meninggal disebabkan kemalagan jalan raya sewaktu hujan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menggunakan motor berlanggar dengan bas sekolah.Abah koma selama sebulan di bulan Ramadhan,saya masih ingat lagi ibu berulang alik dari rumah lama di selanagor ke hospital kuala lumpur.Adik-beradik saya yang semuanya masih belajar ketika itu turut bergilir-gilir menemani ibu melawat abah di hospital.Saya dan adik-beradik sudah biasa menguruskan kehidupan masing-masing tanpa ibu dan abah di rumah.Sejak kecil lagi kami dididik untuk berdikari.Arwah abah sangat mementingkan pendidikan kami adik beradik,saya selalu tengok kakak dan abang sering belajar.Tidak hairanlah mereka selalu mendapat nombor satu di dalam kelas dan menjadi antara pelajar yang terbaik di sekolah.Didikan arwah abah berjaya menyebabkan mereka membuat yang terbaik dalam pelajaran.Abah sering mengajar abang mengaji,he abang trkial2 mngaji depan abah.Abah sangat tegas dengan kami.Sangat berdisiplin,sejak kecil kami dididik untuk berdikari,semuanya harus dibuat sendiri,basuh baju,kemas rumah,he kalau rumah tak bersih,pasti kami akan dimarahi.Abah akan suruh kami sapu sampah dalam rumah jika dia tak berpuas hati dgn kebersihan di dalam rumah.

Abah dan ibu bekerja sejak dari muda lagi sehinggalah mereka hidup berkeluarga.Ibu sering bercerita bahawa ibu berhijrah dari kampung ke bandar semata-mata untuk memperbaiki kehidupannya yang susah.Keinginan ibu untuk menyambung pelajaran tidak kesampaian kerana kesusahan keluarganya,hanya adik ibu yang dapat menyambung pelajaran.Alhamdulillah pak cik ku itu kini sudah berjaya menjadi jurutera dan mempunyai syarikatnya sendiri.Saya sangat kagum dengan ketabahan ibu,ibu seorang yang sangat berdikari.Ibu pernah bercerita bahawa di zaman mudanya,apabila telah berkahwin dengan ayah,pernah tinggal di rumah setinggan di kampung medan,kuala lumpur.Kesusahan banyak mengajar ibu dan ayah dan sudah pastinya mereka ingin perbaiki kehidupan bersama anak-anak tersayang.Alhamdulillah pada ketika ini,ibuku mampu berehat setelah penat berhempas pulas bekerja demi membesarkan kami kelima-lima adik beradik.Ibu bersara pada umur 40 tahun dan di saat ini,keluarga kami memiliki 3 rumah hasil daripada rezeki yang Allah berikan pada ibu dan arwah abah sepanjang mereka bekerja keras demi kami sekeluarga.


Dahulu ketika saya kecil,saya sering berkata dalam hati "andai kata saya sudah besar saya akan berbuat ini atau akan berbuat itu supaya saya dapat membalas jasa ibu dan menyenangkan orang tua" dan itu yang selalu difikirkan, ketika melihat orang tua bekerja kuat untuk memenuhi tuntutan hidup,bekerja di awal pagi, wajah ketika pergi bekerja terlihat segar dan penuh harapan untuk mendapat sesuatu yang boleh di berikan kepada anak dan keluarganya.Saya terfikir betapa susahnya ibu hendak membesarkan kami kelima-lima adik beradik dengan ketiadaan ayah disisi,ibu tabah membesarkan kami.Ya Allah,sungguh besar pengorbananmu ibu...Ketika kecil,saya dan adik di jaga oleh jiran ketika ketiadaan ibu pergi bekerja.Rutin harian ibu ialah,pergi bekerja seawal pagi selepas subuh,perlu berjalan agak jauh ke perhentian bas kerana rumah kami ketika itu di serendah,selangor agak jauh untuk ke kuala lumpur tempat ibu bekerja.Pada pukul 6 petang barulah ibu sampai di rumah dan memasak untuk kami sekeluarga.Pasti ibu sngat letih disaat itu namun digagahi juga demi kebhagiaan anak-anak.Ah,sungguh besar pengorbananmu..namun tidak pernah ibu mengungkit bahawa ibu letih..


Ibu selalu pesan pada saya dan adik ketika kecil lagi,agar berjaya dalam pelajaran dan mesti ada target dalam hidup ini,walaunpun ibu tidak berpendidikan tinggi,namun ibu mempunyai matlamat hidup yang tersendiri.Kini,ibu mampu hidup dengan selesa,hasil penat lelah bekerja dari zaman muda,ibu mampu memiliki 2 buah kereta dan 3 biji rumah sepanjang kehidupannya.Hasil didikan ibu juga,4 daripada kelima-lima anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.Tidak lupa juga hasil didikan arwah abah,yang bersifat kepimpinan,tegas,berdisiplin,mampu melahirkan kami adik-beradik aktif di dalam persatuan,kedua2 abang pernah menjadi ketua pengawas di sekolah dan menjadi pelajar terbaik di sekolah,saya turut mengkuti jejak langkah kakak dan abang.
Hasil didikan arwah abah pada kakak dan abang dalam memastikan mereka cemerlang di sekolah,menyebabkan saya turut termotivasi untuk menyertai bidang sukan yang tidak pernah saya terfikir pn boleh,hanya sekadar melihat piala2 kemenngan mereka di dalam sukan mncbar sya untuk turut berjaya jga di dalam bidang itu.Arwah abah sangat minat pada sukan,setiap petang pasti kami adik beradik akan bermain badminton,mungkin darah untk lasak dari sudut fizikal ini saya warisi dari abah.Alhamdulillah,kami adik beradik pada hari ini sudah memiliki haluan hidup masing2,kejayaan kami adalah demi kebahagiaan ibu.Abangku kini berjaya menjadi jurutera,pasti itu akan menjadi motivasi buat diri ini untuk berjaya dalam hdup dmi memblas jasa ibuku yang selama ini bersusah pyah membesarkan ku.Saya teringat ketika zaman sekolah rendah hinggalah saya bertukar sekolah ke sekolah berasrama penuh di sains muar,setiap kali perjumpaan ibu bapa,pasti saya akan rasa cemburu dengan kawan-kawan,ibu bapa mereka dapat hadir,tetapi saya?Ibu tidak dapat hadir kerana bekerja dan tiada pengangkutan ke sekolah saya yang jauh.Saya pujuk diri bahawa inilah ujian untuk hidupku,ibu harus bekerja demi membesarkan kami adik-beradik.Tetapi setiap kali penyampaian hadiah pada hari anugerah cemerlang pelajar,ibu pasti akan hadir melihat kejayaan anak-anaknya,hanya itu yang dapat kulakukan untuk menggembirakan hati ibu.Walaupun ketika di sekolah berasrama,ibu tidak pernah mengunjungi saya...saya pujuk hati...cemburu juga melihat ibu bapa kawan-kawan hadir pada hujung minggu..di ketika itu saya akan berjalan sorang2 di padang....berjalan-jalan memikirkan kehidupan ini...kebetulan kubur memang berdekatan dengan padang sekolah.Setiap kali itu saya pasti teringatkan abah..al-fatihah untuknya...Saya yakin dan percaya,ini hanyalah ujian kecil buat saya untuk meneruskan kehidupan ini untuk menjadi mukmin yang sejati.Ada orang yang lebih susah daripada saya.Saya selalu fikir...tak layak untuk saya berputus asa,Allah bagi kita segala-galanya..apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dariNya.Maka saya harus menempuhi kehidupan ini berlorongkan keimananan dan ketaqwaan.Janji saya pada diri untuk membalas jasa ibu,akak ku bahagiakan drimu wahai ibu..aku hnyalah insan berfikrah hamba menuju destinasi syurga...apakah ku layak..astaghfirullahalazim...

Dari Abu Hurairah dia berkata telah datang kepada Rasulullah saw seorang laki-laki lalu bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah yg lbh berhak utk saya pergauli dengan baik?” Beliau menjawab “Ibumu” dia berta lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ibumu” dia berta lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ibumu” dia bertanya lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ayahmu”.

Tanpa ibu siapalah kita. Tanpa ibu juga kita tidak akan wujud di atas dunia yang fana’ ini. Tanpa ibu kehidupan anak-anak juga penuh dengan kesengsaraan. Justeru, ibulah insane yang paling banyak menanggung penderitaan demi penderitaan demi kelangsungan hidup anak-anaknya.
Ketika mengandung, ibulah insan pertama yang menanggung penderitaan selama sembilan bulan lamanya sedangkan dia tetap meneruskan kandungannya dengan penuh kepayahan dan keletihan. Ketika melahirkan anak, ibulah sahaja yang menanggung kesakitan amat yang perit, malah kadang-kadang si ibu sanggup menggadaikan nyawanya pada ketika itu dan berjuang antara hidup dan mati demi keselamatan anaknya. Seterusnya, selepas kelahiran anaknya, ibu juga yang sanggup bebanan menyusu dan mengasuh dengan penuh kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh selama beberapa tahun. Malah kadang-kadang ibu terpaksa bersengkang mata sepanjang malam demi menjag anaknya tersayang dan juga apabila anaknya jatuh sakit.
Perjalanan hidup yang dilalui seorang ibu itu amat tidak ternilai harganya dan dihargai Allah sehingga dirakamkan Allah melalui helaian al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. (Surah Luqman, ayat 14)
Maksud ayat tersebut jelas menghargai pengorbanan ibu terhadap anaknya iaitu dengan menanggung penderitaan demi penderitaan semasa membesarkan anaknya, penderitaan semasa melahirkan anak dan juga penderitaan semasa menyusu serta mengasuh anak. Walaupun, ibu tidak pernah pun mengeluh mahupun berputus asa menghadapi kesemua penderitaan tersebut, malah tidak pernah pun mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran daripada anaknya. Apa yang penting bagi seorang ibu terhadap anaknya ialah melihat anaknya sihat sejahtera, hidup dengan selesa dan sentiasa mendoakan anaknya moga berjaya dalam lapangan hidupnya kelak.
Demikianlah begitu besar dan tingginya pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ibu terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula dengan pengorbanan anaknya untuk menghargai pengorbanan ibunya dan membalas balik jasa ibunya yang tidak terhitung itu. Inilah suatu persoalan yang sewajibnya direnung oleh setiap anak iaitu apakah setiap anak sudah pun menunaikan kewajipan terhadap ibunya.

Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...