Pages

Tuesday, December 8, 2009

Gagasan Mukmin Professional

Semasa di Politeknik Ungku Omar dahulu sehinggalah di Universiti Malaysia Pahang, acapkali saya menjadi ‘peti aduan’ adik-adik kampus terutama yang rapat dengan saya. Kebanyakan perkara yang diutarakan berkisar tentang persatuan, akademik, pengurusan masa, tarbiyah dan tidak sedikit dalam hal-hal peribadi.

Sehingga sekarang, sekalipun sudah graduasi dari Politeknik Ungku Omar, Allah masih membuka ruang diskusi antara kami diruang maya. Setiap idea dilontarkan, setiap masalah diperbincangkan. Diskusi demi diskusi meningkatkan potensi diri dalam keupayaan memberi dan kemampuan menerima.


Sebagaimana rindunya diskusi bersama mereka, begitulah rasa rindu mahu bertemu, tetapi tidak ketemu bila dan di mana agaknya. Adik-adikku..bila kita bisa bersua ya? Mengecas motivasi kembali dengan menukar darjah masalah menjadi darjah cabaran.

Setiap yang rumit itu bukan masalah, tetapi cabaran!.
Setiap yang susah itu bukan masalah, tetapi cabaran!
Konflik itu bukan masalah, tetapi cabaran!
Kritikan itu bukan masalah, tetapi cabaran!
Masalah itu bukan masalah, tetapi itu adalah cabaran!





Kata-kata di atas memotivasikan saya dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang da'ie dan juga pelajar.Tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan juga khalifah haruslah digalasi,teringat di saat menjadi timbalan presiden persatuan islam siswa sisiwi politeknik ungku omar sewaktu di tahun akhir,sungguh banyak cabaran yang diperolehi dari sudut dakwah dan akademik,kebiasaannya di mana-mana kampus apabila tahun akhir tidak memegang jawatan yang penting.Takdir Allah,meletakkan saya pada amanah tersebut.Tapi saya sukakan cabaran,cabaran itu yang menyebabkan minda kita semakin aktif berfikir jalan yang terbaik menyelesaikan sesuatu masalah.Disaat bertungkus lumus menyiapkan projek tahun akhir serta cabaran menguruskan persatuan,alhamdulillah Allah Ya Razzak,Maha Memberi Rezeki,saya berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Ungku Omar dengan CGPA 3.68 seterusnya mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Pahang.

Alhamdulillah Allah Maha Besar,mentakdirkan saya memperolehi anugerah khas pingat emas dari Pengarah Puo semasa konvokesyen,seterusnya saya mendapat biasiswa dalam melanjutkan pelajaran. Semua ini bukanlah untuk dibanggakan apabila saya menulis di dalam blog ini,cuma saya inginkan nyatakann bahawa golongan pendakwah juga boleh berjaya,mereka juga inginkan kejayaan di samping sibuk menguruskan persatuan.Saya amat yakin dengan surah Muhammad ayat 7,Hai orang-orang yang beriman,jika menolong agama Allah nescaya Allah akan membantu dan mengukuhkan kedudukanmu.Alhamdulillah,takdir Allah meletakkan kedudukan GPA saya pada setiap semester tidak pernah di bawah 3.5.Saya yakin dan percaya juga bahawa semua ini adalah kurniaan dariNya,ilmu yang ada adalah dari Allah,kejayaan juga adalah miliknya yang diberikan kepada insan-insan terplih dan Allah juga mampu menarik nikmat tersebut bila-bila masa sahaja.Teringat saat di tahun 2,saya mulai hilang semangat kerana CGPA turun...dari 3.93 ke 3.56...menangis2 saya di depan naqibah,saya salahkan amanah saya sebagai exco asrama menyebabkan saya sibuk..Alhamdulillah kata-kata nasihat daripada naqibah menyebabkan motivasi saya kembali,katanya juga,mengadulah kepada Allah..Allah sebaik2 tempat rintihan hambaNya..

Jika kita ditimpa masalah dan cabaran, maknanya Allah juga pernah memberi kita kesenangan. Berlapang dada dengan Allah ialah bersedia menghadapi sesuatu yang sesuai dengan harapan.

Kedua, bersedia menghadapi sesuatu yang tidak sesuai dengan harapan. Di saat cemerlang gemilang,meniti dibibir kita syair pujian. Di saat dirundung malang, meniti dibibir kita syair ketenangan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini,beruntunglah kita di pilih oleh Allah sebagai golongan yang menyebarkan Islam di bumi Allah ini.Saya ingin menjadi yang terbaik,adakah terbaik di sisi manusia?atau di sisi Allah?Apa yang saya inginkan,hanyalah mahu menjadi yang terbaik di hadapan Allah...saya tidak akan berputus asa..adakah akademik di kampus hanyalah dunia semata2?tidak,semua itu adalah ilmu Allah,dizahirkan melalui pensyarah,buku2 dan sebagainya.Mengapa kita harus berputus asa?mengapa kita malas?Mengapa kita datang lewat ke kelas?Mengapa dan mengapa??Adakah sibuk dengan aktiviti dakwah,itu hanyalah alasan,pernahkah kita berusaha mengatasi masalah yang berlaku?pernahkah jumpa pensyarah?pernah buat revision awal2?

Itu semua merupakan cermin akhlak kita,adakah kita nak bersifat begitu sebagai seorang pendakwah?Tetapi lebih malu lagi,kita ini hambaNya...malunya kita di dengan Allah dengan akhlak kita yang sebegitu. Kita dipilih Allah..maka kita harus tahu inilah jalan harus kita lalui...Allah berfirman dalam surah Al-Imran 110..Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan dikalangan manusia,melakukan amal ma'ruf dan mencegah kemungkran dan beriman kepada Allah....

Gunakanlah masa yang ada di kampus untuk melakukan yang terbaik di dalam dakwah dan akademik.

Jadilah jurutera Islam yang mampu mengubah landskap kehidupan dunia hari ini yang penuh dengan kemungkaran kepada kehidupan Islam.

Jom jadi mukmin professional!!

Islam pada hari ini memerlukan mereka yang berkemampuan menyejajarkan dan menyepadukan pelaksanaa fardu ain dan fardu kifayah,tanggugjawab hamba dengan khalifah,kesinambungan ilmu naqli dengan 'aqli,kesucian zikir(kebersihan hati) dan kekuatan fikir(kecanggihan teknologi) dalam kehidupan. Gagasan Mukmin Professional ini diketengahkan berdasarkan cabaran-cabaran bencana rohani seperti perang saudara,perpecahan,gejala sosial,jenayah,dadah,rasuah dan lain-lain.Umat Islam sedang mengalami kemunduran dan kelemahan dari sudut rohani dan material ini memerlukan satu proses "rebranding" dari segi imej dalaman dan luarannya,agar dilihat lebih produktif,cintakan kedamaian dan unggul dari segala aspek kehidupan.

"Andai Islam seperti bangunan usang,jadilah Jurutera Manusia membina kembali bangunan usang kepada bangunan yang tersergam indah"

Ciri Asas Mukmin Professional Dengan sifat Mukmin seseorang itu akan memiliki nilai-nilai yag baik(sifat mahmudah)seperti integriti,jujur,amanah dan lain-lain.Dengan sifat professional,seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan ketrampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggugjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang pengurusan,pentadbiran,pendidikan,ekonomi,dan lain-lain. Dengan sifat Mukmin mereka mampu memperbaiki keadaan umat yang dilanda pelbagai gejala sosial,jenayah dan keruntuhan akhlak.Manakala dengan kepakaran,mereka mampu menyelesaikan masalah umat yang ketinggalan dalam bidang ekonomi,akademik,teknologi dan sains.

Dengan ini,saya ingin menjadi mukmin Professional!!Tekad saya untuk menjadi Jurutera Perisian yang dapat membantu umat Islam dalam bidang teknologi.

Pada semester akan datang yang merupakan tahun 2010,azam saya untuk melakukan yang terbaik di dalam dakwah dan akademik.Walaupun berada di tahun akhir,dengan kekangan akademik yang ada,dalam menyiapkan projek sarjana muda fasa 2,serta sebagai naib pengerusi sahabat masjid UMP,akan saya galasi dengan penuh semangat.Semoga semangat ini berterusan demi perjuangan Islam.Bak kata sahabat saya,motivasi itu pasti akan naik dan turun...haruslah ia ditangani dengan kembali kepada Allah,itulah sumber kekuatan kita sebagai orang Islam.

“Biar kita berbadan kecil tetapi berjiwa besar daripada berbadan besar tetapi berjiwa kecil. ”


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila

1 comments:

ARUL FIKRI said...

salam wbt.smg ALLAH tetap di sampingmu sahabat.kata-kata yang sungguh bermotivasi(",)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...