B-ProSA '10
Pada sesi pertama minggu kuliah di UMP,pihak pimpinan SAHAM(Sahabat Masjid) telahpun menetapkan untuk mengadakan Bengkel Pengurusan Organisasi SAHAM (B-ProSA) yang merupakan pertama kali diadakan oleh Sahabat Masjid (SAHAM) Universiti Malaysia Pahang (UMP). Walaupun pertama kali diadakan, program ini telah berjalan dengan lancarnya..Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran kepada Allah swt.Walaupun pelbagai cabaran yang diperolehi,namun diri ini mengakui cabaran ini tidaklah sehebat perjuangan Rasulullah dan para sahabat.Apa sangat dengan kekangan masa,akademik,tenaga dan harta..maka haruslah perjuangan ini diteruskan demi memastikan kelangsungan dakwah di UMP.
PROGRAM SAHAM UMP 2010
terkadang diri ini sering merasa malu…
pantaskah aku menggelar diriku sibuk?
Aku malu sangat… tersangat malu..
AKu pernah bertemu dengan manusia..
yang masa tidurnya bukan atas tilam yang enak..
tapi pada lantai, pada kerusi, pada meja..
hanya kerana badan merasa penat lantas tertidur di situ..
Dan sedang mereka lena, pantas pula mereka bangun, dan meneruskan kerja mereka..
Aku pernah bertemu
dengan manusia..
masa rehatnya hanya pada ibadah…
Aku malu,
siapakah aku untuk claim aku ini sibuk?
لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkankebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. ( Maidah: 128)
Rasulullah lagi sibuk...astaghfirullah...
Diteruskan pula pada minggu seterusnya FAMILY DAY SAHAM
Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan oleh barisan ajk dari Biro Dakwah Luaran,ini merupakan family day siri kedua.Teringat saat sewaktu family day siri pertama,saya menjadi pengarah program,cabarann yang dihadapi hanya Allah sahaja yang tahu..tapi..apala sngat...dikira dengan perjuangan para pejuang palestin di sana..
Dikala saya keletihan,teringat kata-kata Rabiatul Adawiyah,hebatnya jiwanya wanita sufi tersebut,"sesungguhnya yang letih hanyalah jasadku bukan hatiku yang letih"
Jika saya rasa letih dengan kerja dakwah,pasti itu lahir dari hati yang sakit...Astaghfirullhalazim,jauhkan dri ku dari sifat trsebut,izinkan dri ini bekerja demi Islam,berikan kesemptan yang ada di UMP ini untuk kulakukan terbaik,berazamlah demi kebaikan perjuangan Islam.
Ikhlas Dariku,Serikandi islam
Monday, January 11, 2010
SAHAM UMP 2010
Dila
0 comments:
Post a Comment