Pages

Monday, January 18, 2010

WAJIBAT 38

1 ) Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.

2 ) Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.

3 ) Jagalah kesihatan.

4 ) Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.

5 ) Sentiasa berada dalam kebersihan.

6 ) Jangan bercakap bohong.

7 ) Jangan memungkiri janji.

8 ) Jadilah seorang yang berani.

9 ) Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.

10 ) Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.

11 ) Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.

12 ) Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.

13 ) Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.

14 ) Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.

15 ) Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.

16 ) Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.

17 ) Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.

18 ) Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.

19 ) Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.

20 ) Jauhi riba.

21 ) Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.

22 ) Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.

23 ) Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.

24 ) Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.

25 ) Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.

26 ) Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.

27 ) Sentiasa dalam keadaan bersuci.

28 ) Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.

29 ) Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.

30 ) Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.

31 ) Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.

32 ) Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.

33 ) Jauhi arak dan apa yang memabukkan.

34 ) Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.

35 ) Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.

36 ) Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.

37 ) Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.

38 ) Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.


Ikhlas Dariku,Serikandi islam

Dila

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...