Pages

Wednesday, January 26, 2011

ERTI SEBUAH REZEKI


Alhamdulillah,hari ini ana berpeluang untuk menulis kembali di blog ini,sekadar buat muhasabah dri agar sentiasa berada di dalam redhaNya.Apabila sudah bekerjaya,banyak perkara yang perlu ana uruskan sendiri,ini termasuklah dalam urusan mengurus kewangan.Apabila sudah bekerja,banyak perkara yang dapat ana fahami,betapa susahnya mencari dan berusaha untuk memperolehi sebuah rezeki itu.Rezeki datang dari Allah,namun sebagai manusia kita harus berusaha kerana janji Allah,hanya hamba-hambaNya yang berusaha akan mendapat hasilnya.Segera diri ini merenung kembali betapa susahnya arwah abah dan mak yang berusaha mencari rezeki buat kami adik-beradik agar dapat membesar dengan baik dan sempurna.

Ana teringat bagaimana mak menceritakan keadaan mak ketika memulakan pekerjaan di Kuala Lumpur,bagaimana nekadnya mak untuk berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan kerana tidak berpeluang melanjutkan pelajaran kerana keadaan keluarga yang tidak mengizinkan.Teringat juga bagaimana keadaan arwah abah yang sudah bekerja di usia belasan tahun kerana keadaan keluarga yang susah.Alhamdulilah,segala penat lelah mereka kami balasi dengan belajar bersungguh-sungguh,kerana itulah antara sebabnya ana sentiasa dalam keadaan termotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh kerana tidak sanggup mengecewakan mereka .

Jika nak dibandingkan diriku dengan mak dan arwah abah sewaktu mereka muda dahulu,jauh bezanya,ana masih mempunyai tempat tinggal di Kuala Lumpur walaupun baru memulakan pekerjaan,ini kerana mak membeli rumah di Kuala Lumpur sewaktu kami kecil,rumah ini tempat tinggal kami sekeluarga suatu ketika dahulu di Kuala Lumpur.Itu memudahkan ana untuk berulang-alik ke tempat kerja,kenderaan pula,mak baru sahaja membeli kereta,kereta itu adalah milik ibuku kerana mudah untuk ana dan mak untuk bergerak ke mana-mana.Alhamdulillah ana bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini,semuanya atas hasil titik peluh mak dan arwah abah,dengan keizinan Allah mak mampu berbahagia setelah sekian lama berpenat lelah membesarkan kami sekeluarga.Disebabkan itu,ana juga harus bekerja kuat dan berusaha seperti mereka,teringat kembali bagaimana mak berjalan kaki dari rumah ke stesyen bas selepas sahaja waktu subuh kerana mak bekerja di Kuala Lumpur,ketika itu kami sekeluarga berpindah ke Serendah,Selangor.

Itu adalah rumah pembelian arwah abahku,niatnya agar kami sekeluarga dapat tinggal lama di sana.Semoga ana dapat membalas jasa mak,buat arwah abah,hanya doa dapat ku kirimkan buatmu di sana.Mak,abah...yah sayang sangat kamu........Jika ana nak mengadu letihnya bekerja,tak layak sungguh rasanya,mak dan abah lagi penat bekerja,jika nak mengeluh gaji tak banyak,tak layak sungguh rasanya,mak dan abah boleh menyara kami 5 beradik,mampu mempunyai 3 rumah,mampu mempunyai 3 kereta,semua itu adalah dari Allah,hadiah kepada hambaNya yang berusaha...Mak selalu pesan,rezeki tu Allah yang bagi,bila-bila pun Dia boleh tarik,yang paling penting berkat dalam mencari rezeki,Allah akan mudahkan urusan....Kadang-kadang ana pelik juga,orang selalu cakap,gaji tak cukup,padahal kenapa orang tua kita dahulu dapat menguruskan kewangan dengan baik.Hari ini manusia suka bermewah-mewahan,kajian menunjukkan golongan muda muflis disebabkan kad kredit,moga-moga ana dijauhkn daripada perkara tersebut,walaupun memperolehi kad kredit staff Maybank,ana harus mengawal diri.Pembaziran adalah sikap Syaitan,banyak perkara yang ana dah rancang untuk kewangan,ana harus memikirkan masa depan.Antaranya keinginan ana untuk membuka sebuah butik dan kedai menjual produk halal insyAllah=).Jadi segala persiapan haruslah bermula sekarang,ana berharap agar impian ini akan tercapai.


"Rasulullah bertanya mengenai usaha yang paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab: Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal. (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim) "


Kisah sahabat Rasulullah,Saidina Abu Bakar menjadi pedoman buat ana,hartawan yang dermawan,setiap hari ke tempat kerja dapat ku lihat ramai yang meminta sedekah,semoga rezeki yang ada pada kita dapat kita sedekahkan pada mereka,insyAllah.

Saiyidina Abu Bakar r.a. merupakan seorang hartawan dan juga jutawan yang sanggup dengan rela hati ikhlas memberikan seluruh harta bendanya bagi suatu perjuangan suci, lalu sanggup pula hidup miskin kerananya. Beliau adalah diantara orang yang mula-mula sekali memeluk Islam dan menjadi sahabat baginda Rasulullah s.a.w yang paling karib serta paling disayangi.

Sebelum memeluk Islam lagi Saiyidina Abu Bakar r.a. sudah terkenal sebagai seorang bangsawan Arab yang kaya, baik akhlak serta di hormati oleh masyarakat Quraisyh Mekah. Tetapi setelah ia memeluk Islam, beliau merupakan tokoh Islam yang utama sekali dengan mengorbankan seluruh harta bendanya bagi menegakkan agama Islam di Tanah Arab. Dikalangan para sahabat dialah orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Pernah dalam peperangan Tabuk, Rasulullah telah meminta pada sekalian umat Muslimin agar mengorbankan harta mereka pada jalan Allah. Maka datanglah Saiyidina Abu Bakar r.a. membawa seluruh harta bendanya, lalu diletakkan antara dua tangan baginda. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Abu Bakar r.a. itu baginda menjadi terkejut lalu bertanya kepadanya: “Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah seluruh harta bendamu kau korbankan, apakah lagi yang akan kau tinggalkan untuk anak-anak dan isterimu?.” Pertanyaan Rasulullah s.a.w. dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. dengan tenang sambil tersenyum, katanya: “Saya tinggalkan mereka Allah dan rasul-Nya.” Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidian Abu Bakar Al-Siddiq r.a. yang tiada bandingannya di dunia hingga hari ini.

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur.Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki,mestilah sentiasa diniatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.



1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...