Pages

Tuesday, January 18, 2011

Solat Berjemaah Dan Pengisian Ilmu



Sekali lagi ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana memberikan diriku peluang untuk melalui kehidupan pada hari ini dengan penuh manfaat.Andai di hitung nikmat-nikmat yang Engkau berikan,tak termampu aku membalasnya ya Allah.Hari ni daku meneruskan kehidupan seperti biasa,ops 'luar biasa' kalau boleh,disebabkan terlalu meminati perka-perkara yang bermotivasi,jadi kehidupan pun seharusnyaku jalani dengan penuh positif,bermotivasi dan bertenaga.Apapun apabila melangkah sahaja keluar dari pintu rumah haruslah diniatkan agar pekerjaan ku itu akan menjadi ibadah.Hanya itu yang ku harapkan insyAllah.Teringat pada hari ku yang pertama,Encik Razif menerangkan bahawa aku akan bekerja bersama dia untuk bahagian Care Relationship Managenment System,gulp,aku terkelu,patutlah aku diterima terus masuk kerja,memang unit itu memerlukan tenaga pekerja,dan diriku adalah satu-satunya pekerja baru di situ.Daku harus mempelajari selok belok 'e-point' untuk menguruskan sistem tersebut,menurut Encik Razif hanya dia yang pakar dalam unit tersebut,jadi aku diperlukan untuk membantu dia.Sebahagian masaku diperuntukkan untuk mempelajari sendri 'e-point' tersebut,alhamdulillah aku semakin memahaminya.

Pengalaman pertama pada pagi tadi ialah diriku tersilap memilih lif untuk pergi ke tingkat tempat diriku bekerja.Agaknya akibat terlalu panik kerana ramai orang di pagi hari menyebabkan daku tersilap pandang nombor pada setiap bahagian lif.Dalam Menara Maybank,ada 3 bahagian lif yang telahpun dibahagi-bahagikan mengikut tingkat-tingkat tertentu.Namun daku mengambil inisiatif untuk menggunakan tangga agar dapat sampai pada waktunya,alhamdulillah ingin ku buktikan betapa aku sangat menjaga masa.Sudah menjadi tabiatku sangat berdisiplin masa sehinggakan aku akan berasa sangat cemas dan gelisah sekiranya ada banyak waktu yang terluang.


Alhamdulillah hari ini diriku mampu mengisi masa untuk mendengar kuliah Zohor yang di sampaikan oleh Ustaz Ridhuan Mohd Noor,betapa daku terkesan dengan pengisiannya yang menyeru agar dakwah pada hari ini harus diteruskan.Allahukabar,terkesan sugguh pengisiannya dalam hatiku sehingga aku terasa seperti hendak menitiskan air mata.Sesungguhnya aku sangat sayang dengan jalan dakwah ini,ya betul kata ustaz,jalan dakwah ini banyak sungguh ujiannya,namun biarlah kemanisannya dapat diperolehi kelak di syurga.Andai ku ceritakan ujian-ujian yang berlaku di dalam kehidupanku sepanjang bergiat di dalam dakwah,aku pasti tidak sampai tahapnya seperti ujian Rasulullah dan sahabat,disebabkan itu aku jarang menceritakan masalahku kerana aku menganggap masalah-masalah itu aku mampu hadapi dengan memohon kepadaNya serta berikhtiar.

Betapa gembiranya daku hari ini kerana bertemu dengan 2 orang sahabat baru,alhamdulillah mereka yang mengajakku untuk bersolat jemaah,berusrah dan berprogram bersama Nisa' nanti.Alhamdulillah hatiku gembira melihat surau di Maybank di imarahkan dengan solat zohor dan solat asar secara berjemaah.Allahuakbar,dapat juga ku penuhi masa zohor dan asar solat secara berjemaah


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita
akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

1 comments:

wallyeagleson said...

Wynn, Las Vegas (NV) - Mapyro
Wynn Casino is on the Strip, and the hotel is more 경주 출장샵 than 8 mi (10 km) from McCarran 안양 출장마사지 International Airport. 양산 출장마사지 The casino also features 안양 출장안마 a 24/hour 서울특별 출장안마 poker room,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...